Page 87 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 87
27. Menyediakan laporan keputusan penyertaan kepada S/U Sukan untuk dimasukkan
dalam fail dan memaklumkan kepada pengetua.
28. Membuat pengumuman dan menganjurkan majlis penyampaian hadiah dengan bantuan
penolong S/U Sukan.
29. Sentiasa bersama jurulatih dan pemain setiap kali pertandingan dan permainan.
30. Bertanggungjawab terhadap keselamatan pemain sepanjang perlawanan dan latihan.
31. Bertanggungjawab terhadap disiplin pemain sepanjang latihan dan perlawanan.
32. Menyerahkan nama pemain kepada Penolong S/U Sukan untuk pemberian sijil
penyertaan.
JURULATIH
1. Membantu pengurus pasukan mengenal pasti murid yang berkebolehan.
2. Menyediakan program latihan yang sistematik.
3. Membantu pengurus menyediakan kelengkapan pasukan.
4. Melaporkan kepada pengurus tentang prestasi pasukan.
5. Melaporkan kepada pengurus sekiranya terdapat pemain yang mempunyai masalah
disiplin.
6. Sentiasa bersama pemain sewaktu latihan dan perlawanan.
7. Bertanggungjawab terhadap keselamatan pemain.
8. Bertanggungjawab terhadap disiplin pemain.
9. Mempunyai wawasan untuk mewujudkan pasukan yang disegani.
10. Matlamat penyertaan adalah tiga yang terbaik dalam pertandingan.
KETUA RUMAH SUKAN
1. Mengenal pasti guru-guru yang berada di rumah sukan.
2. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan.
3. Memperkenalkan guru-guru rumah sukan kepada murid.
4. Membuat pelantikan AJK dalam kalangan murid:
a) Kapten
b) Penolong Kapten
c) Setiausaha
d) Bendahari
e) Ketua Permainan
f) AJK Tingkatan
5. Menerangkan tentang:
a) Hari latihan
b) Masa latihan
c) Kedatangan
d) Pakaian
e) Tindakan
f) Surat sakit
6. Mengurus latihan rumah sukan.
7. Menyediakan minuman sewaktu latihan rumah sukan.
8. Mendaftarkan peserta sukan tara, acara sebelum sukan dan kejohanan olahraga.
9. Menyediakan nombor peserta untuk acara sebelum sukan dan kejohanan olahraga.
10. Menyediakan peserta perbarisan dan mengambil hadiah.
11. Meminjam dan memulangkan peralatan sukan yang dipinjam.
12. Memastikan murid memakai pakaian yang sesuai.
13. Mengambil tindakan terhadap oelajar yang tidak hadir latihan.
14. Bertanggungjawab terhadap disiplin murid sepanjang latihan.
15. Bertanggungjawab terhadap keselamatan murid sepanjang latihan dan permainan.
16. Memastikan adanya senarai nama murid yang lengkap.
17. Merekodkan dan melaporkan kepada S/U Sukan tentang murid-murid yang mempunyai
prestasi yang tinggi untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
18. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan direkodkan.
66

