Page 3 - Perang Bani Nadhir & Bani Qainuqak (2)_Neat
P. 3
Kemenangan umat islam dalam perang Badar menambahkan lagi kemarahan mereka.
Lalu mereka telah menimbulkan pelbagai masalah dan melakukan permusuhan
terhadap orang islam.
Rasulullah telah mengumpulkan serta memberi nasihat kepada mereka agar kembali
kepada kewarasan dan hidayah dan memberi amaran sekiranya mereka berterusan
melakukan hal tersebut sebagaimana yang berlaku terhadap kaum musyrikin Quraisy.
Tetapi, mereka dengan angkuhnya menyatakan bahawa orang musyrikin Quraisy
bodoh dan tidak berpengalaman. Mereka juga mencabar Rasulullah dengan
menyatakan bahawa mereka lebih kuat dan hebat berbanding kaum musyrikin
Quraisy. Namun begitu, Rasulullah bersabar.
Tindakan kaum Yahudi bani Qunaiqa yang terus berani menimbulkan kekacauan di
Madinah seperti menyempitkan kehidupan dengan menutup jalan sumber kehidupan
orang-orang islam semakin membimbangkan.

