Page 4 - Perang Bani Nadhir & Bani Qainuqak (2)_Neat
P. 4

Ibnu Hisyam meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Ja’far bin Al-Miswari bin Makhramah dari



                            Abu ‘Aun bahawa seorang wanita Arab datang membawa dagangannya ke tempat




                            pasar Yahudi banu Qainuqa’. Wanita tersebut lalu duduk di dekat seorang tukang




                            emas.










                            Tiba-tiba datanglah beberapa orang Yahudi kepada wanita Arab tersebut supaya




                            membuka penutup mukanya, tetapi ia menolak. Tanpa diketahui oleh wanita Arab itu,



                            secara diam -diam si tukang emas itu menyangkutkan (mengikatkan) ujung pakaian




                            yang menutup seluruh tubuhnya pada bahagian punggungnya.Ketika wanita itu




                            berdiri, terbukalah auratnya. Orang-orang yahudi yang melihatnya tertawa terbahak-




                            bahak. Dan wanita itu menjerit minta pertolongan.









                            Tiba-tiba, datang seorang lelaki muslim segera menyerang serta membunuh tukang




                            emas Yahudi tersebut.










                            Orang-orang Yahudi yang ada di situ mula bertindak balas dengan membunuh lelaki




                            muslim tersebut dan dilihat oleh keluarga lelaki tersebut.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9