Page 11 - Kami Pilih Selamat
P. 11
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapat
kerjasama pihak swasta, pertubuhan bukan
kerajaan (NGO), pelajar, ibu bapa dan komuniti
masyarakat.
Manakala URB akan dilaksanakan secara
buddy system iaitu dua buah motosikal akan
membuat rondaan selama 24 jam di kawasan
perumahan serta kawasan yang sibuk dalam
tiga syif.
Unit rondaan bermotosikal dilengkapi dengan
sistem lampu dan siren. Rondaan juga meliputi
kawasan-kawasan yang sibuk seperti kawasan
perniagaan, taman rekreasi, sekolah, premis
niaga, premis universiti dan sebagainya.
Pemasangan CCTV dilaksanakan di kawasan
“hot spot” yang telah dikenalpasti termasuk
kawasan awam seperti stesen bas, LRT, bas,
MRT, Komuter dan sekolah bermasalah.
Pemasangan CCTV adalah :
untuk meningkatkan tahap keselamatan orang
awam.
mengurangkan kadar jenayah.
meningkatkan keyakinan rakyat terhadap
perkhidmatan pihak keselamatan.
11

