Page 13 - Kami Pilih Selamat
P. 13
RAKAN COP (Rakan Polis) / Community Policing
Program keselamatan yang berkonsepkan
serampang dua mata iaitu kerjasama polis dan
komuniti bagi memerangi jenayah.
Agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu menjadi
‘Mata dan Telinga’ Polis melalui saluran yang
ditetapkan seperti saluran HOTLINE dan SMS Polis
yang dipasang di Pusat Kawalan Kontinjen (CCC).
iSELAMAT.my
Kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia
dengan Kementerian Kesejahteraan
Bandar,Perumahan dan Kerajaan
Tempatan untuk memudahkan orang
ramai membuat aduan berkaitan
kegiatan jenayah di sekitar komuniti
dan kawasan kejiranan dalam
bentuk peta melalui laman sesawang
berkaitan.
13

