Page 17 - Kami Pilih Selamat
P. 17
Jangan membiarkan binatang peliharaan anda
kebuluran semasa anda bercuti.
Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah
(termasuk jiran di hadapan/belakang rumah)
dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang
mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan
anda.
Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang
tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa
bersama atau disimpan di tempat yang selamat.
Hentikan langganan surat khabar bagi
mengelakkan penjenayah daripada mengetahui
rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan
jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan
di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka
masa ketiadaan anda.
17

