Page 23 - Kami Pilih Selamat
P. 23

Di  Malaysia,  walaupun  kes  keganasan
            terhadap wanita dilaporkan masih rendah,
            Kerajaan  tetap  mengambil inisiatif awal bagi
            mencegah kes tersebut dari terus berleluasa.
            Kesedaran  terhadap keselamatan diri pada
            setiap individu wanita perlu bagi mengelakkan
            diri dari menjadi mangsa jenayah.  Wanita
            tidak perlu berahsia dan takut untuk bersuara
            sekiranya anda menjadi mangsa keganasan.
            Keganasan terhadap wanita bukan sahaja
            merangkumi  penderaan  secara  fizikal,  emosi
            dan seksual malah yang terbaru  adalah
            keganasan  digital iaitu penyebaran  gambar
            dan video lucah menerusi telefon bimbit serta
            aplikasi  seperti youtube,  Whatsapp, Wechat,
            Viber dan sebagainya.




                              23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28