Page 26 - Kami Pilih Selamat
P. 26
Sentiasa mengepit atau membimbit
beg tangan dan tidak disangkut/
disandang di bahu supaya ia sukar
diragut jika diragut boleh mengelak
daripada berlakunya kecederaan
semasa diseret.
Maklum kepada anggota keluarga,
teman rapat atau majikan
kedudukan anda jika keluar dari
rumah atau tempat kerja.
Jangan terus memberhentikan
kenderaan yang dilanggar dari
belakang. Berhenti di tempat
ramai penduduk atau balai polis
berdekatan.
Tidak membawa barang kemas
atau wang berlebihan yang boleh
menarik minat penjenayah.
Jangan meninggalkan anak kecil
bersendirian di dalam kenderaan
dan keluar untuk membuka pintu
rumah
Jangan lakukan kerja lebih masa
tanpa kelulusan pihak pengurusan
dan maklumkan kepada bahagian
keselamatan lokasi, masa dan tarikh
bekerja lebih masa
Jangan cuba melawan atau
merampas semula barangan yang
disamun atau diragut kerana boleh
menerima kecederaan parah.
26

