Page 799 - SET 1 Koleksi Soalan dan Skema Jawapan SPM KBSM
P. 799

1.  Ilmu ekonomi ialah kajian tentang
                    A  mengimbangi tingkat keuntungan dengan kos pengeluaran
                    B  menyelesaikan masalah kehendak dan keperluan manusia dalam kehidupan
                    C  memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan sumber yang tidak terhad
                    D  menggunakan modal yang ada bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad

               2.  Sumber ekonomi yang terhad akan menyebabkan
                    A  barang awam diutamakan
                    B  keuntungan firma akan bertambah
                    C  agihan pendapatan yang tidak setara dalam masyaraka
                    D  pengeluaran sesuatu barang perlu dikurangkan untuk menambahkan barang lain

               3.  Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Azman.

                     Encik  Azman  mengusahakan  sebuah  kilang  pemprosesan  bahan  makanan
                     daripada  hasil    laut.  Beliau  mempunyai  seramai  25  orang  pekerja dan  berjaya
                     menjadi pembekal utama kepada pasar raya besar di Kedah, Perak dan Pulau
                     Pinang.



                    Apakah faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan Encik Azman?
                    I   Pasar raya besar
                    II  Bahan makanan
                    III  Tenaga pekerja
                    IV  Bangunan kilang
                    A  I dan II           C  II dan III
                    B  I dan IV           D  III dan IV


               4. Jadual di bawah berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Seri Santai.

                         Teknik         Sos Cili    Sos Tiram
                      Pengeluaran       (botol)       (botol)
                            W              0            100
                            X              20           80
                            Y              60           50
                            Z              80           20

                    Apakah kos lepas jika Syarikat Seri Santai menukar teknik pengeluaran daripada X kepada
                    Z?
                    A  20 botol sos cili
                    B  40 botol sos cili
                    C  60 botol sos tiram
                    D  80 botol sos tiram
   794   795   796   797   798   799   800   801   802   803   804