Page 3 - BUKU PENGURUSAN PSS 2020 LATEST_Neat
P. 3

Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku


                       Marilah  kita  sama-sama  memanjatkan  rasa
               syukur  pada  tuhan  Yang  Maha  Esa  kerana  dengan
               izinNya  Buku  Pengurusan  Pusat  Sumber  Sekolah  2020
               dapat  diedarkan  kepada  guru-guru  dan  Anggota
               Kakitangan  Pelaksana(AKP)  sekalian.Semoga  Buku
               Pengurusan  ini  menjadi  lambang  komitmen  kita
               bersama dalam menjulang SK Batu 36 dan seterusnya
               meletakkan guru-guru SK Batu 36 ke arah Budaya Kerja
               yang     berkualiti,   berwawasan,       berintegriti   dan
               cemerlang.

                       Saya  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  “Selamat  bertugas
               pada  tahun  2020”  kepada  semua  guru  dan  kakitangan  SK  Batu  36,  mudah-
               mudahan pada tahun 2020 ini kita dapat memperbaharui dan meningkatkan azam
               kita  untuk  terus  mendidik  dan  melaksanakan  kerja-kerja  yang  diamanahkan
               dengan  penuh  rasa  tanggungjawab.  Jadikanlah  kerja  hari  ini  lebih  baik  dari
               semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini”. Untuk itu marilah kita memperbaharui
               NIAT kita agar ikhlas dan mendapat keredhaan.

                       Selain itu, Buku Pengurusan Pusat Sumber ini akan dapat menjadi rujukan dan
               panduan guru-guru dalam merealisasikan Pusat Sumber sebagai Pusat Penyebaran
               Ilmu dan Maklumat di sekolah ini.Ketahuilah kerja yang terancang dan tersusun rapi
               sudah  tentu  menghasilkan  sesuatu  yang  berkualiti  dan  sebenarnya  inilah  ciri-ciri
               pendidikan bertaraf dunia yang dihasratkan oleh negara kita.

                       Jadikanlah  setiap  apa  yang  kita lakukan  sebagai  satu  amanah  yang  perlu
               dillaksanakan.  Amalan  yang  sedemikian  sudah  tentu  memerlukan  keikhlasan  dan
               tidak mengharapkan pujian serta sanjungan. Hakikat ini sekiranya dapat kita hayati
               dan realisasikan,sudah tentu akan wujudlah anak didik yang kita inginkan.

               Tranformasi Pendidikan yang berkualiti ke arah Generasi berintegriti.



               Sekian, Terima Kasih.




               _____________________
               (Alas Bin Rambli)
               Guru Besar ,
               SK Batu 36,Selangau.




                                                                                                         3
   1   2   3   4   5   6   7   8