Page 6 - BUKU PENGURUSAN PSS 2020 LATEST_Neat
P. 6
SEJARAH & LATAR BELAKANG SEKOLAH
Tarikh penubuhan : April, 1977.
Pengasas
: TR. Jeti anak Ngerembang (Kaunselor Ludan)
Pada masa dahulu sekolah ini terletak di Ulu Sungai Tamin. Pada tahun 1964,
jalan raya yang menghubungi Sibu-Bintulu dibina. Secara kebetulan jalan
raya ini merentasi depan kawasan sekolah ini. Ini menyebabkan sekolah ini
agak dekat dengan bandar ketiga terbesar di Sarawak iaitu Bandar Sibu.
Pada masa dahulu, jika penduduk di kawasan ini hendak pergi
membeli keperluan harian, mereka terpaksa “undur” ke hilir iaitu ke Pekan
Dalat dengan menggunakan perahu panjang yang terletak kira-kira 120
kilometer dari sekolah ini. Namun, pada masa sekarang, jika kita pergi ke
Bandar Sibu yang terletak kira-kira 66 kilometer dari sekolah ini, ia hanya
memakan masa kira-kira 55 minit sahaja.
Tahun Guru Besar
1978 hingga 1979 Encik Patrick Jakan
1980 hingga 1985 Encik Benedict Sumar
1986 hingga 1994 Encik Francis John Daa
1995 hingga 1996 Encik Romlee Mahran
1997 hingga 2000 Encik Tommi Bin Basri
2001 hingga 2002 Encik Peter Unan anak Ima
2003 hingga 2004 Encik Ajang anak Sumbang
2005 hingga 2011 Encik Ambau Ak Lawieh
2012 hingga sekarang Encik Alas Bin Rambli
Pada masa sekolah ini mula-mula dibuka, ia hanya mempunyai dua
orang guru sahaja dan mempunyai 65 orang murid. Nama Guru Besar
pertama ialah Encik Patrick Jakan, manakala Encik Jeti anak Ngerembang
dilantik sebagai Pengerusi PIBG yang pertama. Berikut adalah jadual ringkas
yang menunjukkan Guru Besar mulai tahun 1978 hingga sekarang.
6

