Page 105 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 105

Laporan Tahunan MPIC 2017
          104     Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi







                                   Eksport Lada Malaysia Mengikut Destinasi (Sambungan)
                                                  2016 r                           2017 P
                      Negara          Kuantiti     Nilai              Kuantiti     Nilai
                                      (‘000 Tan)  (RM Juta)   %      (‘000 Tan)  (RM Juta)     %
              Sweden                     0.06       3.76       0.8       0.05       2.33         0.8
              Amerika Syarikat           0.05       2.91       0.6       0.03       1.39         0.5
              Belanda                    0.02       0.63       0.1       0.05       1.22         0.4
              Lain-lain                  0.27       9.20       1.9       0.22       6.53         2.1
              Jumlah Eksport            12.20     490.17     100.0      11.64     308.87       100.0
              Kesatuan Eropah            0.59      25.18       5.1       0.62      20.66         6.7


             Selain daripada itu, Malaysia juga mengeksport lada ke negara-negara lain di Asia, seperti China, Vietnam,
             Taiwan dan Singapura serta turut menembusi beberapa pasaran di benua Eropah, Amerika Syarikat, Afrika
             Selatan, Australia dan New Zealand walaupun dalam kuantiti yang kecil.

             Pada tahun 2017, nilai eksport telah mencatatkan hasil sebanyak RM309 juta seperti yang dipaparkan pada
             carta pengeluaran lada di Malaysia (tan) di atas.


             Bantuan dan Insentif Untuk Pekebun Kecil Lada


             Insentif yang telah diberikan oleh Kerajaan melalui MPB telah manfaatkan seramai 2,980 orang pekebun kecil
             lada yang melibatkan kawasan tanaman seluas 310 hektar. Pada tahun 2017 Program Pembangunan Tanaman
             Lada untuk Skim Tanaman Baru ini diperuntukkan sebanyak RM6.3 juta yang meliputi Sarawak, Sabah dan
             Semenanjung Malaysia.
             Objektif Skim Tanaman Baharu Lada adalah membantu pekebun kecil mengusahakan tanaman lada yang
             belum matang sepenuhnya seperti kumpulan berikut:

             i.  Pekebun yang baharu mengusahakan tanaman lada;

             ii.  Pekebun yang hendak meluaskan kawasan tanaman; dan
             iii.  Pekebun yang menanam semula (re-planting) bagi menggantikan kebun yang diserang teruk oleh penyakit
                dan makhluk perosak serta kerosakan akibat bencana alam.

             Had bantuan yang diberi kepada pekebun kecil lada dalam setahun adalah untuk 200 pokok (0.1 Ha). Keutamaan
             untuk menghadiri seminar, lawatan pembelajaran dan Hari Peladang Penternak dan Nelayan pula diberi kepada
             pekebun yang menanam lada melebihi 0.5 hektar (1,000 pokok).
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110