Page 107 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 107
Laporan Tahunan MPIC 2017
106 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Syarat-Syarat Pemilihan Penerima Bantuan Di Sabah
i. Penerima adalah warganegara Malaysia;
ii. Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
iii. Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Term of Lease); dan
iv. Pemohon yang pernah mendapat bantuan daripada Lembaga Lada Malaysia layak memohon dan
dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun beliau
menerima bantuan.
Penglibatan Antarabangsa
Penyertaan Malaysia yang melibatkan Lembaga Lada Malaysia (MPB):
International Pepper Community (IPC)
MPB adalah ahli kepada sebuah pertubuhan antarabangsa iaitu IPC yang telah ditubuhkan pada tahun 1972
di bawah kawalselia United Nations Economics and Social Commission for Asia and the Pacific (UN-ESCAP).
IPC terdiri daripada enam negara pengeluar lada iaitu Brazil, India, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka dan Vietnam
sebagai ahli penuh dan Papua New Guinea dan Provensi Hainan sebagai associate member.
Ibu Pejabat IPC terletak di Jakarta, Indonesia. Persidangan IPC diadakan pada setiap tahun dan dianjurkan
secara bergilir-gilir di kalangan negara anggota. Setiap mesyuarat IPC dan mesyuarat jawatankuasa yang
berkaitan akan melibatkan semua pihak yang terlibat dalam industri lada seperti pengeluar, pengeksport, broker
dan juga pihak kerajaan.
Pn. Mariam Ilias (wakil MPIC) selaku Ketua Delegasi Malaysia menerima cenderamata sebagai simbolik menjadi
tuan rumah bagi persidangan IPC pada tahun 2018

