Page 121 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 121

Laporan Tahunan MPIC 2017
          120     Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi






             sasaran. Ini bagi memastikan petani mengamalkan teknologi penanaman yang betul bermula dari pembangunan
             lindungan, penanaman, pembajaan, cantasan, penuaian, pemprosesan, pengeringan dan pemasaran.

























                   Program Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Bersama Pekebun Kecil Koko di Kg. Sg. Ruan, Raub Pahang.



             Langkah-Langkah Untuk Memajukan Industri Berasaskan Koko
             (Industri Hiliran)

             Memberi perkhidmatan analisis fiziko-kimia dan mikrobiologi ke atas produk koko sama ada biji koko kering
             sehingga kepada produk separa siap dan produk siap melalui perkhidmatan Makmal MS ISO/IEC 17025 kepada
             pihak industri hiliran. LKM membantu industri sebagai sebuah pusat rujukan analisis terkini dalam menangani
             isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti makanan dan halangan-halangan perdagangan (trade
             barrier). Pada tahun 2017, makmal telah menerima sebanyak sampel 738 dengan menjalankan 2,172 analisis.
             Makmal juga telah berjaya membangun protokol cemaran logam berat menggunakan alat ICP-MS.

             Menyediakan fasiliti penyewaan mesin pembuatan coklat kepada pihak usahawan seperti mesin coklat panning.
             Pihak usahawan coklat tidak perlu mempunyai mesin sendiri kerana mereka boleh menggunakan kemudahan
             yang disediakan di LKM. Usahawan yang menggunakan mesin tahun 2017 adalah daripada Chocolate Valley.

             Memberi kursus kepada pihak usahawan coklat seperti Kursus Pembuatan Coklat Panning. Modul di dalam
             kursus merangkumi pembelajaran secara teori dan praktikal. Apabila selesai menghadiri kursus pihak usahawan
             boleh menghasilkan produk coklat panning mereka sendiri. Pada tahun 2017, LKM telah menjalankan 2 siri
             kursus dengan bilangan peserta seramai 24 orang keseluruhannya. Mereka didaftarkan secara individu,
             usahawan dan pihak industri dengan yuran penyertaan RM318/seorang.
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126