Page 180 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 180

Komoditi Mampan Demi Masa Depan Yang Gemilang  179







                                         Pengauditan Dijalankan Pada Tahun 2017 (Sambungan)
                                                                                                  Tarikh
                                                                  Tarikh      Tarikh Laporan
                                     Sasaran                                                     Maklum
                                                               Pengauditan     Dikemukakan
                                                                                                  Balas
                    Pengauditan  Ict

                    Pengauditan Sistem Pangkalan Data Pekebun     19.4.17         13.6.17         22.6.17
                    Kecil Komoditi (PDPK) - MPIC
                    Pemeriksaan Mengejut

                    Pengauditan Pemeriksaan Mengejut              16.8.17         5.9.17          18.9.17
                    Pengauditan Khas
                                                                 Pengauditan dijalankan sepanjang tahun mengikut
                    Jawatankuasa Audit Dalaman Khas IPG - LGM
                                                                                 keperluan
                    Verifikasi Aset dan Liabiliti Bagi Tujuan
                    Pengumpulan Data Baki Aset Sehingga 30 Jun    25.7.17         14.8.17         28.8.17
                    2017 – MPIC
                    Verifikasi Aset dan Liabiliti Bagi Tujuan
                    Pengumpulan Data Baki Aset Sehingga 31        8.1.18          12.1.18        Tiada isu
                    Disember 2017 – MPIC



                   Laporan Tahunan UAD ini mengandungi penemuan Audit hasil daripada pengauditan yang telah dilaksanakan
                   di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan Agensi di bawah Kementerian. Pada
                   umumnya masih terdapat kelemahan dalam pematuhan peraturan/prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan
                   serta  pemantauan yang kurang teliti. Namun begitu, semua kelemahan tersebut boleh dielakkan sekiranya
                   pegawai yang bertanggungjawab mematuhi sepenuhnya peraturan/prosedur yang telah ditetapkan.


                   Seperti mana tahun yang lalu, Ketua Agensi yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara
                   yang dilaporkan di dalam laporan ini. Ini bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil
                   oleh Ketua Agensi berkenaan terhadap kelemahan yang dibangkitkan. Sepanjang pengauditan dijalankan pihak
                   UAD telah menerima kerjasama yang baik daripada pihak auditi yang turut memberi maklum balas positif
                   terhadap teguran yang dikemukakan. Pihak auditi juga telah mengambil tindakan pembetulan terhadap
                   kelemahan yang dibangkitkan di dalam laporan.


                   Integriti


                   Mesyuarat Jawatankuasa Integriti Dan Tadbir Urus (JITU) MPIC
                   Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) MPIC dan Mesyuarat JK JITU MPIC telah diadakan
                   tiga  (3)  kali  setahun  seperti  yang  ditetapkan  dan  ini  menunjukkan  komitmen  dan  penglibatan  Pengurusan
                   Tertinggi MPIC dan Agensi di bawah MPIC dalam pengurusan tadbir urus dan integriti.
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185