Page 183 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 183
Laporan Tahunan MPIC 2017
182 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
• Pembayaran gaji warga MPIC
Proses pembayaran gaji MPIC bagi tahun 2017 adalah melibatkan purata seramai 252 orang pegawai dan
kakitangan dengan jumlah pembayaran sebanyak RM 17,979,181.33
• Pengurusan Hasil dan Terimaan MPIC
Sepanjang tahun 2017, sebanyak 78 dokumen terimaan daripada Pejabat Pemungut dengan jumlah
RM412,239.25 telah dibuat pengauditan meliputi bayaran lesen Bio Bahan Api dan pulangan balik gaji serta
emolumen lain. Naziran terimaan juga telah dijalankan ke atas Pejabat Pemungut pada 5-9 Jun 2017.
• Pengumpulan Data Aset Dan Liabiliti
Sepanjang tahun 2017, aktiviti pengumpulan data aset dan liabiliti bagi MPIC dijalankan selaras dengan
pelaksanaan perakaunan akruan. Status pengumpulan data sehingga akhir Disember 2017 yang dimuatnaik
sebagai data migrasi adalah seperti berikut:
Aset Tak Alih (ATA)
Tiada
ASET
Aset Dalam Pembinaan (AUC)
Tiada
Akaun Belum Terima (ABT)
Tiada
Aset Alih (AA)
RM3,367,623.41
LIABILITI
Pajakan Kewangan (FL)
RM91,649,059.86
Akaun Belum Bayar (ABB)
Tiada
• Naziran Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Secara Elektronik (eSPKB)
Program naziran eSPKB dijalankan dengan tujuan pemantauan PTJ dalam mematuhi peraturan kewangan
serta Panduan Pengguna eSPKB. Program ini telah dijalankan pada 1-11 Ogos 2017 meliputi 554 sampel dan
secara keseluruhannya PTJ MPIC mendapat 95.05% markah pencapaian.
• Penganjuran latihan/kursus kewangan dan perakaunan
Sejajar dengan peralihan asas perakaunan tunai ubahsuai kepada asas akruan, kesemua aktiviti yang
diadakan sepanjang tahun 2017 melibatkan tajuk berkaitan perakaunan Akruan. Kumpulan sasaran bagi
aktiviti tersebut adalah peserta daripada Bahagian Akaun serta Bahagian Pengurusan Pembangunan dan
Kewangan.

