Page 96 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 96

Komoditi Malaysia Di Mata Dunia   95






                   Penurunan  Kuasa  Pelesenan  Eksport  Dan  Import  Kayu Serta  Produk  Kayu
                   Daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Kepada Jabatan Perhutanan
                   Sabah

                   Mulai 1 Jun 2017, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah menguatkuasakan Perintah Lembaga
                   Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pengecualian) 2017. Ia adalah selaras dengan keputusan
                   Jemaah Menteri pada 9 November 2012 dan 28 Ogos 2013 supaya kuasa pelesenan eksport dan import kayu
                   dan produk kayu yang dilaksanakan oleh MTIB diturunkan ke Jabatan Perhutanan Sabah (SFD).

                   Dalam hal ini, SFD akan mengambil alih tugas dan peranan MTIB yang dilaksanakan sebelum ini di Sabah
                   bagi aktiviti yang melibatkan pengeksport, pengimport, pembekal dan pengendali jeti termasuk perihal
                   penguatkuasaan mulai tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti lain iaitu pemeringkat, pemproses,
                   pedagang dan pengendali akan terus dikawal selia oleh MTIB.

                   Selain itu, MTIB akan meneruskan aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan, Program Pemerkasaan Ekonomi
                   Bumiputera dan Taman Industri Perabot (TIP), pembangunan ladang hutan, promosi dan pemasaran kayu dan
                   produk kayu, penyelarasan Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP) serta hal-hal lain berhubung Industri
                   Perkayuan Malaysia di negeri Sabah.

                   Majlis Penurunan Kuasa Pelesenan Eksport dan Import Kayu serta Produk Kayu daripada MTIB kepada Jabatan
                   Perhutanan Sabah telah diadakan pada 22 Mei 2017 bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah dan
                   disaksikan oleh YB Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.































                       Sesi menandatangani Nota Penyerahan Penurunan Kuasa Pelesenan Eksport dan Import Kayu serta Produk Kayu
                      daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia ke Jabatan Perhutanan Sabah yang disaksikan oleh disaksikan oleh
                              YB Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101