Page 97 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 97
Laporan Tahunan MPIC 2017
96 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Pengiktirafan Skim Pensijilan Kayu Malaysia Oleh Kerajaan Belanda
Malaysia selaku pengeluar utama dan pengeksport produk kayu tropika sentiasa mengambil langkah
memastikan bahawa produk kayu-kayan yang dibekalkan diperoleh dari hutan yang diurus secara mampan.
Dalam hal ini, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (Malaysian Timber Certification Council - MTCC) telah memainkan
peranan yang penting untuk membangun dan mengendalikan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (Malaysian Timber
Certification Scheme – MTCS). MTCS merupakan satu skim sukarela yang menyediakan penilaian bebas untuk
pensijilan pengurusan hutan dan rantaian jagaan bagi memastikan pengurusan hutan asli dan ladang hutan
yang mampan di Malaysia.
Terkini, selaras dengan perbahasan Parlimen Belanda pada 18 Januari 2017, MTCS telah menerima pengiktirafan
penuh di bawah Dasar Perolehan Kayu Mampan Belanda. Ini telah meletakkan MTCS setanding dengan skim
pensijilan antarabangsa yang lain seperti Programme for Endorsement of Forest Certification (PEFC) dan Forest
Stewardship Council (FSC) yang turut diterima untuk digunakan dalam projek-projek awam di Belanda.
Pengiktirafan ini membolehkan kayu bersijil dari Malaysia diguna pakai dalam projek pembangunan awam
di Belanda dan akan meningkatkan prestasi eksport kayu bersijil ke Belanda dan negara-negara lain yang
mempunyai dasar perolehan awam bagi produk kayu mampan. Pengiktirafan ini juga akan meningkatkan imej
negara di peringkat antarabangsa selaras dengan komitmen negara dalam pelaksanaan pengurusan perhutanan
secara mampan.
Pengiktirafan MTCS
Dasar Perolehan Awam

