Page 2 - Bacalah mylove 1
P. 2

PRAKATA






                Buku  BACALAH  SAYANG  memperkenalkan  satu  “Formula”  dan  cara  yang  sistematik
                untuk  membina  kemahiran  bacaan  secara  cepat  dan  tepat  tanpa  perlu
                mengenal  keseluruhan  abjad  A-Z  terlebih  dahulu.  Kaedah  ini  disusun  berdasarkan
                konsep terus membaca dengan satu huruf satu hari melalui kaedah suku kata.

                Buku ini dihasilkan atas kesedaran:

                1.   Bahawa Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang paling mudah dipelajari jika terdapat
                    satu kaedah yang sistematik.
                2.  Wujudnya masalah yang dihadapi oleh guru tahun satu khasnya dan guru-guru amnya
                    tentang kaedah untuk mengajar murid-murid membaca dan menulis dengan cepat
                    dan tepat, sebelum mengajarkan kemahiran bahasa yang lain.
                3.  Bahawa  kemahiran  bacaan  seharusnya  dibina  secara  konkrit  melalui  proses  kenal
                    huruf        suku  kata        perkataan        ayat  dan  seterusnya  membaca  petikan
                    dengan intonasi yang betul.

                4.  Bahawa  kaedah  tradisi,  menghafal  dan  mengenal  kesemua  huruf  abjad  dahulu
                    sebelum  boleh  membaca,  membuang  masa  dan  membunuh  minat  murid-murid
                    untuk menguasai kemahiran bacaan.

                5.  Menginsaf    masalah  guru  dalam  penyediaan  bahan  tersusun  ke  arah  mengajar
                              i
                    murid-murid menguasai kemahiran bacaan dan cekap menulis dalam jangka masa
                    yang pendek agar dapat menguasai kemahiran yang lain dengan penuh minat dan
                    berkeyakinan.

                6.  Bahawa buku ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Malaysia Tahun Satu
                    khasnya dan Kelas Pemulihan untuk membasmi buta huruf.

                7.  Bahawa buku ini boleh juga dijadikan sebagai bahan ujian pengesanan untuk menilai
                    tahap penguasaan dan kesukaran murid dalam menguasai kemahiran bacaan kerana
                    bahan bacaan disusun berperingkat-peringkat.


                Sesungguhnya, buku ini dicipta dan disusun untuk mempercepatkan celik huruf dalam
                kalangan murid-murid peringkat awal kanak-kanak lagi. Paparan ini akan dapat melahirkan
                kanak-kanak yang bersikap positif, berwawasan, dan pintar cerdas.

                Diharap  buku  ini  dapat  menyerap  keprihatinan  ibu  bapa  berganding  bersama-sama
                guru  ke  arah  celik  huruf  seterusnya  mempertingkatkan  kecemerlangan  pelajaran
                dalam Bahasa Malaysia.
   1   2   3   4   5   6   7