Page 3 - Bacalah mylove 1
P. 3

KAEDAH PENGGUNAAN


                                             BUKU INI







                1.   Murid tidak perlu mengenal keseluruhan abjad A - Z terlebih dahulu.
                2.  Kenalkan huruf mengikut susunan dalam buku. Penekanan adalah pada huruf kecil
                    dahulu.
                3.  Perkenalkan vokal satu persatu melalui proses:
                         Namakan huruf ( a   i   u   e   o )
                         Bunyikan huruf

                4.  Selepas  murid  kenal  huruf  dan  bunyikan  adakan  latihan  menulis  huruf  yang
                    diperkenalkan ke dalam buku tulis.

                5.  Perkenalkan huruf K. Gabungkan K dengan vokal dan membentuk suku kata dalam
                    lingkungan huruf itu dan huruf-huruf lain seperti susunan dalam buku melalui proses:
                         Latih tubi bunyi huruf
                         Latih tubi bunyi suku kata
                         Membatang suku kata
                         Membaca perkataan
                         Membaca ayat / frasa
                         Membaca petikan

                6.  Murid-murid digalakkan membaca terus (tanpa mengeja/membatang suku kata) pada
                    peringkat bacaan ayat/frasa dan petikan dengan intonasi bacaan yang betul.
                7.  Ikut  susunan  dalam  Buku  Satu  dan  akhirnya  susun  semula  semua  huruf  mengikut
                    susunan abjad dalam huruf besar dan kecil.

                8.  Bimbing  murid-murid  membaca  mengikut  susunan  seterusnya  kepada  Buku  Dua
                    mengikut kaedah yang sama.


                    Sekian.
   1   2   3   4   5   6   7   8