Page 139 - SEJARAH TINGKATAN 5
P. 139

|}     Latar Belakang Hubungan Kaum,':.ffiil
          I
            Pentadbiran  British  menyebabkan  pemisahan  kaum dari segi kegiatan ekonomi  dan petempatan'
            Keadaan ini menyukarkan  setiap kaum untuk memahami  adat resam dan budaya kaum lain. Selepas
            Perang  Dunia Kedua, usaha dilakukan oleh para pemimpin pelbagai  kaum untuk bekerjasama bagi
            mewujudkan  perpaduan.  Beberapa  faktor sejarah  dikenal pasti menjadi  punca kepada masalah
            perpaduan. Antaranya termasuklah  kesan pentadbiran,  kegiatan ekonomi  dan petempatan,  sistem
            pendidikan serta fahaman politik.
                                     :' . .
              ;:     ,., ..   . -.                                       tullklGllGElk:ffiffi*=


                        Pentadbiran                                 Kegiatan Ekonomi  dan
            Pentadbiran  British bermula pada tahun  1874                 Petempatan
            menerusi pengenalan  Sistem Residen. Dasar
            British  yang mengutamakan sektor ekonomi           British memberikan tumpuan kepada
            menyebabkan  pekerja dibawa masuk dari luar         perkembangan  ekonomi  yang berasaskan
            untuk  bekerja dalam sektor  perlombongan,          perlombongan  bijih timah dan perladangan
            perladangan  dan pemiagaan. Kaum bumiputera         getah. Kegiatan ekonomi  yang berbeza
            pula bertumpu di kawasan  luar bandar  dan          antara kaum  menyebabkan pemisahan
            menjalankan kegiatan ekonomi  tradisional.          dari segi petempatan. Rakyat  juga
            Keadaan ini menyebabkan  mereka terpisah            terpisah dengan  petempatan  yang wujud
            dan berlaku kerenggangan hubungan kaum.             di kawasan perlombongan, bandar, estet dan
            Kesannya,  masalah  hubungan kaum berterusan        perkampungan.  Keadaan  ini menyebabkan
            sehingga  selepas  kemerdekaan dan menyebabkan      setiap kaum kurang berinteraksi  antara satu
            peristiwa  13 Mei 1969.                             sama lain dan mewujudkan  jurang  ekonomi
                                                                yang tidak seimbang.


                                                           an
                                                       Dasar *r*-#
                                      M                               -**re
                                      s8@             British                                            E
                                                                                                         E
                                                                                                         {

                    Sistem Pendidikan                                   Fahaman Politik

             Dasar pentadbiran  British  menyebabkan            Fahaman  politik berasaskan kaum bermula
             munculnya  sistem pendidikan  vernakular           dengan  penubuhan  parti politik sebelum
             Melayu, Cina, India dan Inggeris di negara         kemerdekaan  hingga kini. Polarisasi  kaum
             kita. Sekolah vernakular pula berkembang           disebabkan perbezaan kegiatan ekonomi
             mengikut  kaum masing-masing. Sistem               dan petempatan  menyebabkan  parti politik
             pendidikan  vernakular  diteruskan selepas         ini memperjuangkan  kepentingan  kaum
             kemerdekaan  pada  tahun 1957.  Pendidikan         masing-masing.  Isu yang diperjuangkan
             vemakular  mewuj  udkan  perbezaan pemikiran       berkaitan dengan bahasa,  budaya,  pendidikan
             dalam  kalangan  rakyat berbilang kaum.            dan ekonomi. Keadaan ini mempengaruhi
                                                                hubungan  antara  kaum  di negara ini.







                                                                                                tsA
                                                                                                 KPM
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144