Page 140 - SEJARAH TINGKATAN 5
P. 140
P Memperkasakan Perpaduan dan tntegrasi Nasional i*
Sejak mencapai kemerdekaan. usaha memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional telah
dilaksanakan secara konsisten oleh kerajaan dan befierusan sehingga hari ini. Usaha ini merangkumi
bidang politik, ekonomi dan sosial.
. Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara yang terletak di bawah bidang kuasa MAGERAN.
Jabatan ini berperanan mendraf satu ideologi untuk negara yang dikenali sebagai Rukun Negara.
. Mewartakan pembentukan Majlis Muhibah Negara pada 18 Julai 1969. Majlis ini berhrjuan
menggalakkan perkembangan perasaan muhibah antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
. Menubuhkan Majlis Perundingan Negara pada29 Januari 1970. Majlis ini ditubuhkan untuk
mengadakan garis panduan bagi kedasama antara kaum dan integrasi nasional antara negeri
dengan wilayah. Selain itu, majlis ini juga berrujuan memupuk identiti kebangsaan dalam
kalangan rakyat.
.
Membentuk gabungan parti politik pelbagai kaum untuk mewujudkan keharmonian dan
kestabilan politik selepas peristiwa 13 Mei 1969.
. Menyelaraskan perkhidmatan awam antara semua negeri. penyelarasan ini mewujudkan
integrasi antar a ne geri.
Tun Abdul Razak Hussein berucap dalam perhimpunan Barisan Nasional dengan disertai oleh ketua parti
gabungan.
Sumber'.TmAbdullah Mohd Salleh(pengerusi),2006. TunAbdul Razak: potret dalam Kenangan.Kuala Lumpur: Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Tun Abdul Razak dan Utusan publications & Distributors SOn. ShO.
m
,Jw
Kerjasama politik parri pelbagai kaum sudah bermula sebelum merdeka. pada bulan Okrober 1954.
Parti Perikatan ditubuhkan untuk menyertai pilihan raya tahun 1955 dan menuntut kernerdekaan.
Pada I Januari 1973 pula. Barisan Nasional ditubuhkan sebagai pengganti kepada parti perikatan.
A
rLl
KPM

