Page 185 - SEJARAH TINGKATAN 5
P. 185
Penubuhan HICOM dan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia pada tahun 1983 telah menggalakkan
pertumbuhan industri kereta dan motosikal buatan Malaysia.
. Industri kereta tempatan dipelopori oleh Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan
Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA). PROTON ditubuhkan pada7 Mei 1983 manakala
PERODUA pula ditubuhkan pada tahun 1993.
. Motosikal danEnjinNasional Sdn. Bhd. (MODENAS) merupakan syarikatpengeluarmotosikal
nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200 cc untuk pasaran tempatan
dan antarabangsa.
. Perusahaan kereta dan motosikal nasional membuka peluang pekerjaan untuk tenaga kerja
yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum di negara ini. Langkah ini dapat meningkatkan
pendapatan rakyat dan taraf hidup masyarakat.
E;TEIE
ffi+l
Kenderaan buatan
Malaysia.
SAIAYSIA . 3oson
Kereta yang dikeluarkan oleh PROTON dan PERODUA
Sumber'. Pos Malaysia Berhad.
#"{
-
i fl: {
* {F $
(D
Protort Saga merupakan kereta nasional pertama yatlg Pemasangan peralatan kcreta di kilang Perusahaatl E
dilancarkan pada 1 September 1985. Otomobil Nasional Berhad tPI{OTOr-). @
//rvwu' protontr. corn. Di capai pada
ilffi"i;,iH:
Secara umumya, kegiatan ekonomi meningkatkan interaksi antara pelbagai kaum di Malaysia dan
menyumbang kepada perpaduan kaum dalam masyarakat. Sepanjang tahun 1970 hingga tahun
2000, ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi yang membanggakan. Pertumbuhan pesat ekonomi
Malaysia berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat-
Pelaksanaan DEB dan DPN bernrjuan membantu rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan rakyat serta pembangunan ekonomi negara.
Sebagai rakyat, kita perlu bersyukur dengan kemakmuran yang dikecapi pada hari ini. Selain itu,
kita juga perlu menyokong dasar kerajaan demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
M
KPM

