Page 221 - SEJARAH TINGKATAN 5
P. 221
ffi Cakna dan Cerminan Sejarah
Nilai, Patriotisme dan lktibar
o Hubungan baik yang terjalin antaraMalaysia dengan negara lain penting bagi mengukuhkan
kedudukan negara dalam pelbagai aspek, iaitu ekonomi, sosial dan politik.
o Pelibatan Malaysia dalam beberapa organisasi dunia seperti PBB dan OIC mencerminkan sikap
keprihatinan dan tanggungjawab negara dalam menangani dan menyelesaikan masalah yang
berlaku sama ada di dalam negara atau di luar negara.
Diri dan Keluarga
Sikap ambil tahu dan bertanggungjawab amatlah penting dalam diri seseorang untuk kebaikan
keluarganya dan masyarakat bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan dapat dikekalkan.
Negara
Hubungan baik antara Malaysia dengan negara serantau lnampu membangunkan negara. Sikap
prihatin negara kita terhadap isu yang berlaku pada peringkat serantau dan antarabangsa membuka
mata negara lain untuk turut menghulurkan bantuan kepada negara yang memerlukan.
\E*E{!E:r. i i
*.8*95,- l
**.#.$|11 -
: *Aj::l$:il.i:'li
Bangunan PBB di New York, Amerika Syarikat.
,A
KPM

