Page 224 - SEJARAH TINGKATAN 5
P. 224
1o,.1
Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi pelbagai perkembangan yang berlaku pada peringkat
antarabangsa. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sikap terbuka, isu pada peringkat global
sama ada isu ekonomi. sosial mahupun politik turut mempengaruhi perkembangan negara kita.
Sikap dan pandangan Malaysia tentang isu tersebut turut disuarakan dalam pelbagai perlubuhan
antarabangsa. Dalam keadaan ini, kernampuan Malaysia menangani pelbagai isu dengan baik,
tanpa sebarang konflik menunjukkan kebijaksanaan pemimpin negara. Isu global ini tennasuklah
isu ekonomi dan persempadanan. Kemampuan Malaysia menangani isu ini dengan berkesan
membolehkan kedudukan Malaysia dihormati oleh negara lain. Antara isu global yang dihadapi oleh
Malaysia termasuklah penyalahgunaan dadah. perlindihan sempadan, kempen antiminyak sawit,
pemerdagangan orang dan penyakit berjangkit.
Penyalahgunaan Dadah
Penyalahgunaan dadah merupakan isu global yang dihadapi oleh Malaysia. Dalam hal ini, Malaysia
antara negara yang mengisytiharkan perang terhadap penyalahgunaan dadah dan menjatuhkan
hukuman berat kepada pesalah dadah.
.
Kesungguhan Malaysia memerangi baliaya penyalahgLrnaan dadah disuarakan dalarn forun-r
antarabangsa seperti International Drug Enforcement Conference-IDEC (persidangan
Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa) yang ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Amerika Syarikat.
. Malaysia turut mendapatkan kerjasama daripada International Crirninal police Or_eauization
- INTERPOL (Polis Antarabangsa) dalam usaha memerangi dadah serla bekerjasama dengan
negara lain bagi rnenggubal strategi operasi menangani masalah ini.
. Kelantangan Malaysia r-nemerangi dadah turut disuarakan dalam forum pBB apabila
Tun Dr. Mahathir Moharnad, Perdana Menteri Malaysia keempat terpilih sebagai Ketua
Jawatankuasa Antidadah Antarabangsa pada tahun I988.
rF ,4tr
sP.rrr#s fcnffid$Hr
&rtIJlf{t] rlr
, ,,. li
ii ,
stut SfillOR Of HLI!ii
0H DftIJG ltrlATr;.:
I 6 :ffi;:** ,.-g*aflrr"rlu I t
r i.]\ I I
##r t I
t ! I
I
*e i tr fi ij ,# t t -t -l
lr
I
E Delegasi negara anggota ASEAN dalam Mesyuarat Kali ke-40 Pegawai-pegawai Kanan ASEAN mengenai
Perkara Dadah di Siem Reap, Kemboj a, 2019.
Sumber: Portal rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri.
BA
KPM

