Page 248 - SEJARAH TINGKATAN 5
P. 248
9. Jawab soalan yang berikut berdasarkan gambar di bawah.
*qdq
tr
Su m b e r'. http ://news. ump. edLr.my.
Sumber: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn
Dicapai pada l3 Oktober 2020.
(UTHM).
(a) Apakah yang anda faham tentang gambar di atas?
(b) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga dan mengekalkan keaslian
alam sekitar?
10. Petikan yang berikut tentang isu Palestin oleh Pertubuhan Kebudayaan palestin
Malaysia (PCOM).
PCOM ingin berterima kasih terhadap tindakan tegas Parlimen Malaysia menggesa
penyingkiran Israel daripada keahlian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (pBB) dan
membantah rancangan Israel menceroboh wilayah Palestin di Tebing Barat.
Tindakan tegas ini mencerminkan prinsip mulia yang diperjuangkan Malaysia dan
membuktikan penyatuan kukuh kepemimpinan dalam kalangan anggota ahli parlimen
Malaysia, tanpa mengira perbezaan latar belakang parti politik, sama ada kerajaan
atau pembangkang.
(a) Apakah yang anda faham tentang petikan di atas?
(b) Pemimpin Malaysia tanpa mengira kaurn menentang penindasan rakyat palestin oleh Israel.
Sebagai rakyat Malaysia, cadangkan langkah yang perlu dilakukan r.rntuk membantu kerajaan
menangani isu Palestin.
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, sejauh manakah pelibatan Malaysia dalam menangani
isu kemanusiaan?

