Page 56 - SEJARAH TINGKATAN 5
P. 56

Kuasa Budi Bicara Raja
            Secara umumnya, kuasa  budi bicara  raja ialah kuasa yang boleh dilaksanakan  oleh baginda  tanpa
            mendengar atau menumt nasihat ketua kerajaan dalam perkara tertentll.
                 Perlembagaan  Persekutuan memperuntukkan  kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertuan
            Agong dalam soal pelantikan  ketua Kerajaan Persekutuan.  iaitu Perdana Menteri. Raja  dan
            Yang di-Pertua Negeri mempunyai kuasa budi bicara rnelantik  ketua Kerajaan Negeri.  iaitu
            Menteri  Besar dan Ketua Menteri.
                 Yang di-Perluan Agong  juga mempunyai  kuasa budi bicara  Lrntuk  tidak rner.nperkenankan
            permintaan pembubaran  Parlimen. Raja dan Yang di-Perlua Negeri pula menrpunyai kuasa bLrdi
            bicara tidak rnemperkenankan  pembubaran DUN.
                                                                                                        @
            Kerjasama Politik                                                                           TD
            Kerjasama  politik menekankan  soal perkongsian
            kuasa  antara  kaurn berdasarkan  prinsip tolak  Kerjasama  Politik di Malaysia
            ansur, perundingan dan pengorbanan bagi          Tahun              Kerjasama
            memastikan suara  setiap kaurn  diu,akili.    Pembentukan             politik
                 Permuafakatan  pelbagai parti politik         t954     Parti Perikatan
            dalam satu gabungan  membolehkan parti             1962     Parti Perikatan  Sarawak
            politik membentuk kerajaan dan berkonusi                    Parti Perikatan  Sabah
            kuasa  dalarn pemerintahan  di negara kita.        1974     Parti Perikatan  mennkar  nama
                 Sejak pilihan raya pada tahun  1955.                   kepada Barisan  Nasional (BN)
            gabungan parti berasaskan kaum dibentuk            I 990    Angkatan Perpaduan Urnmah
            atas nama Parti Perikatan.  Gabungan ini                    (APU)
            kemudiannya  dikenali  sebagai Barisan             1999     Barisan Alternatif  ( BA.)
            Nasional.  Parti ini memenangi l3 kali pilihan    2008      Pakatan Rakyat  (PR)
            raya umum untuk membentuk Kerajaan                2015      Pakatan Harapan  (PH)
            Persekutuan.                                      2018      Gabungan  Pani Sararvak  lGPS)
                 Pada Pilihan  Raya Umurn ke-1,1 tahun                  Gabungan  Bersatu  Sabah  (GBS)
            2018, kerjasama politik telah  mernbolehkan
                                                         Pada bulan Februari 2020, Perikatan Nasional
            Pakatan Harapan memenangi pilihan raya
                                                         menerajui  negara kita menggantikan  Pakatan
            untuk membentuk Keraj aan Persekutuan.
                                                         Harapan.

            Kita perlu memahami demokrasi  sebagai salah satu asas pemerintahan  negara. Malaysia
            mengamalkan  prinsip  demokrasi  dengan mengambil kira kepentingan  nilai tempatan dan warisan
            budaya  bangsa. Demokrasi  Berparlimen dilaksanakan  di negara kita dengan cara tersendiri yang
            mengutamakan  kestabilan  politik dan kesejahteraan rakyat. Demokrasi Berparlimen pada  asasnya
            memberikan  hak sama rata kepada setiap  warganegara, dikawal dan diseimbangkan  dengan
            kedaulatan  Raja Berperlembagaan.


            Malaysia mempunyai  bentuk pemerintahan yang unik dengan ciri tersendiri. Kornbinasi Raja
            Berperlembagaan  dan Demokrasi  Berparlirnen  membentuk  pentadbiran yang sistematik  dan unggul.
            Sistem Raja Berperlernbagaan  dan Demokrasi  Berparlimen  berjaya mewujudkan  kestabilan.  Hal ini
            membawa kemajuan dalam pelbagai bidang  sejak merdeka  hingga  hari ini. Sebagai rakyat Malaysia
            yang cinta akan negara,  kita sewajamya  menyedari  kepentingan  taat setia kepada  pemerintah  demi
            kemakmuran  bangsa dan negara.

                                                                                               BA
                                                                                                 KPM
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61