Page 10 - smk sk_1-94
P. 10
KATA ALU - ALUAN | KETUA EDITOR SMK SERI KERAMAT
AMEERAH AFIEQAH BINTI
MOHD RAZIFF
KETUA EDITOR SMK SERI KERAMAT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Dalam kesempatan ini,saya selaku Ketua Editor mewakili ahli Sidang Redaksi Majalah PENA edisi ke-19
ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbicara sepatah dua
kata dalam majalah PENA edisi ke-19 ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
guru Sidang Redaksi Majalah PENA 2019, iaitu Puan Zuriati kerana telah banyak memberi bimbingan
kepada kami.Kesudian pihak sekolah untuk memberi penghormatan dan kepercayaan kepada saya bagi profil
menerajui tenaga kerja pada tahun ini amat saya hargai.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam proses
penerbitan majalah tahun ini terutamanya Ahli Jawatankuasa (AJK) PENA yang telah bertungkus lumus
menyiapkan majalah PENA ke-19. Tidak dilupakan kepada para guru yang banyak membantu AJK PENA sekolah
dengan memberikan komitmen yang terbaik buat majalah PENA edisi ke-19.
Saya selaku Ketua Editor seperti yang telah diamanahkan oleh guru berasa amat bangga dengan
pencapaian yang hebat dalam mengekalkan kecemerlangan dan kegemilangan penerbitan majalah PENA
sehingga ke edisi yang ke-19. Walau bagaimanapun, saya ingin menyeru kepada generasi akan datang
supaya meningkatkan mutu penerbitan majalah ini supaya menjadi majalah yang terbaik pada masa akan
datang.
Sebagai sebahagian daripada murid SMK Seri Keramat, kami memahami betapa pentingnya majalah
sekolah kepada murid - murid, terutamanya murid-murid Tingkatan 5. Selain ingin memenuhi agenda
sekolah,kami juga ingin menghasilkan majalah yang penuh dengan nostalgia indah dan kenangan abadi
bersama seluruh warga SMK Seri Keramat sewaktu belajar di sini.
Akhir kata,diharapkan semoga majalah ini menjadi memoir terindah merungkai setiap detik di pentas SMK
Seri Keramat.
Sekian,
AMEERAH AFIEQAH BINTI MOHD RAZIFF
10 PENA 2018 | SMK SERI KERAMAT PENA 2018 | SMK SERI KERAMAT 11

