Page 11 - smk sk_1-94
P. 11

KATA ALU - ALUAN | KETUA EDITOR SMK SERI KERAMAT













 AMEERAH AFIEQAH BINTI

 MOHD RAZIFF


 KETUA EDITOR SMK SERI KERAMAT






 Assalamualaikum dan selamat sejahtera



 Dalam kesempatan ini,saya selaku Ketua Editor mewakili ahli Sidang Redaksi Majalah PENA edisi ke-19
 ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbicara sepatah dua
 kata dalam majalah PENA edisi ke-19 ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
 guru Sidang Redaksi Majalah PENA 2019, iaitu Puan Zuriati kerana telah banyak memberi bimbingan
 kepada kami.Kesudian pihak sekolah untuk memberi penghormatan dan kepercayaan kepada saya bagi   profil
 menerajui tenaga kerja pada tahun ini amat saya hargai.

 Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam proses
 penerbitan majalah tahun ini terutamanya Ahli Jawatankuasa (AJK) PENA yang telah bertungkus lumus
 menyiapkan majalah PENA ke-19. Tidak dilupakan kepada para guru yang banyak membantu AJK PENA   sekolah
 dengan memberikan komitmen yang terbaik buat majalah PENA edisi ke-19.

 Saya selaku  Ketua Editor seperti yang telah diamanahkan oleh guru berasa amat bangga dengan
 pencapaian yang hebat dalam mengekalkan kecemerlangan dan kegemilangan penerbitan majalah PENA
 sehingga ke edisi yang ke-19. Walau bagaimanapun, saya ingin menyeru kepada generasi akan datang
 supaya meningkatkan mutu penerbitan majalah ini supaya menjadi majalah yang terbaik pada masa akan
 datang.

 Sebagai  sebahagian  daripada  murid  SMK  Seri  Keramat,  kami  memahami  betapa pentingnya  majalah
 sekolah kepada murid - murid, terutamanya murid-murid Tingkatan 5. Selain ingin memenuhi agenda
 sekolah,kami juga ingin menghasilkan majalah yang penuh dengan nostalgia indah dan kenangan abadi
 bersama seluruh warga SMK Seri Keramat sewaktu belajar di sini.

 Akhir kata,diharapkan semoga majalah ini menjadi memoir terindah merungkai setiap detik di pentas SMK
 Seri Keramat.

 Sekian,

 AMEERAH AFIEQAH BINTI MOHD RAZIFF





 10  PENA 2018 | SMK SERI KERAMAT                                                PENA 2018 | SMK SERI KERAMAT 11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16