Page 31 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
P. 31

MINIT MESYUARAT


                                                                             AGUNG






         TARIKH                : 8 Februari 2020

         MASA                  : 2.15 petang
         TEMPAT                : DEWAN BLOK H, SMKTATAR

         KEHADIRAN             : 245 orang



         I     UCAPAN PENGERUSI

         1. Tn Hj. Osman Ariff bin Abdul Wahab selaku pengerusi majlis merakamkan
             ucapan terima kasih kepada semua waris dan guru yang hadir pada hari
             ini.  Yang Dipertua PIBG juga merakamkan ucapan terima kasih kepada
             pihak pengurusan sekolah dan guru-guru yang sentiasa memberi
             komitmen tinggi dalam menjayakan aktiviti yang dirancang.

         2. Pengerusi juga memberikan pesanan kepada semua waris agar dapat
             melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat agung PIBG kerana melalui
             penglibatan yang aktif dalam kalangan waris boleh menyelesaikan
             masalah yang timbul berkaitan pelajar dan dapat diselesaikan secara
             kolektif.




         II    MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-34
         3. En. Marzuki bin Murad selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat
             agung kali ke-34 dari muka surat 7 hingga muka surat 9 tanpa sebarang
             pindaan untuk diterima dan disahkan.
         4. Puan Maznah binti Kassim  mencadangkan supaya minit ini disahkan. Encik
             Ismail bin Mehat menyokong.



         III   PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

         5. YDP PIBG membangkitkan tentang perkara 5 berkaitan masa mesyuarat
             yang kurang sesuai. Justeru pada tahun ini diadakan pada hari (cuti)
             Sabtu dan kehadiran amat memberansangkan.

         6. Perkara 9 ditegur kerana laporan tahunan yang terlalu ringkas dan
             setiausaha telah membuat laporan yang lebih lengkap.
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36