Page 34 - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
P. 34

MINIT MESYUARAT


                                                                             AGUNG






         X     UCAPAN PENANGGUHAN
         14. NYDP yang lepas Tn Haji Che Ahmad mengucapkan terima kasih
               kepada pengetua, guru-guru dan staf sokongan yang memberi
               sokongan kepada barisan AJK PIBG yang lama selama ini. Beliau
               memohon maaf jika selama 25 tahun menerajui PIBG terdapat sebarang
               kesalahan. Beliau juga berharap AJK yang baharu dapat meneruskan
               kecemerlangan. Beliau menutup ucapan dengan serangkap pantun.

         15. En Mahadir bin Mat AJK yang baru mengucapkan tahniah kepada waris
               yang hadir   (agak memberangsangkan) kerana telah menunaikan
               tanggungjawab sebagai waris. Beliau mengucapkan tahniah kepada
               tuan pengetua kerana menggunakan aplikasi “whatapps” sebagai
               pengganti surat panggilan mesyuarat. Beliau juga mengucapkan terima
               kasih kepada bekas YDP yang kerana telah berkhidmat selama 26 tahun.
               Beliau turut menawarkan khidmat sosial kepada pihak sekolah untuk
               “gunting rambut percuma”.
         16. En Aminuddin bin M. Ghazi ( YDP baharu ) mengucapkan terima kasih
               kepada barisan AJK yang lama dan mengucapkan tahniah atas
               pelantikan AJK yang baharu. Beliau berharap semua AJK dapat
               menyumbangkan kepakaran masing-masing untuk memajukan sekolah.
               Beliau mengucapkan terima kasih atas pelantikan ini dan berjanji untuk
               memberikan khidmat terbaik untuk menambahbaik infrastruktur sukan
               dan kelas juga mengimbangkan para pelajar antara akademik dan
               sukan. Beliau berharap semua aktiviti dan program yang bakal
               dilaksanakan mendapat sokongan semua waris dan pihak sekolah.

         17. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.35 petang.



         Minit mesyuarat dicatat oleh :
         Puan Zauyah binti Ramli
         Encik Rushdi bin Abdul Rahim
         Puan Nozinani binti Mohd Yusof

         Puan Nor Zaira binti Razali
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39