Page 2 - MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (ACADEMIC EXCELLENCE AWARD CEREMONY)
P. 2
UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya, SMK Perimbun berjaya mengadakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan SPM & STPM (MAKA) bagi tahun 2019 dan 2020. Sekalung tahniah dan
penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini secara langsung melalui platform
Youtube. Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM & STPM merupakan
agenda tahunan sekolah, namun akibat penularan virus COVID-19 pihak sekolah telah bersetuju untuk
mengadakan majlis ini dalam suasana norma baharu demi mematuhi SOP yang telah disediakan oleh Majlis
Keselamatan Negara.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga SMK Perimbun dan AJK MAKA kerana telah
berjaya merancang dan melaksanakan majlis anugerah pada tahun ini. Dengan perkembangan semasa yang kita
semua sedia maklum pihak sekolah berusaha untuk menjalankan program yang dirancang dengan sebaik
mungkin. Sesungguhnya, majlis pada hari ini merupakan pengiktirafan kepada murid yang telah menunjukkan
pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah pada tahun yang lalu.
Selaku pengetua, saya turut berasa bangga dengan pencapaian permata Perimbun pada tahun lepas
walaupun telah melalui proses yang begitu mencabar daripada segi pengajaran dan pembelajaran. Namun,
halangan tersebut berjaya ditempuh dengan begitu baik. Oleh itu, teruskanlah legasi kecemerlangan dan
gapailah cita-cita yang telah diimpikan. Hal ini demikian kerana kejayaan dan kecemerlangan bukanlah suatu
destinasi tetapi merupakan perjalanan dan kembara yang tidak ada batas sempadannya. Gunakanlah peluang
yang ada ini dengan sebaiknya supaya kejayaan akan terus dicapai tidak kira apa-apa jua bidang yang akan
diceburi kelak.
Akhir sekali, sekalung tahniah diucapkan kepada barisan AJK PIBG, ibu bapa dan guru-guru kerana
tidak jemu membantu dan memberi pandangan daripada segala sudut hingga kita berjaya melahirkan murid-
murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga kejayaan permata Perimbun yang diraikan pada hari ini
dapat memberi semangat kepada kita semua dan juga aspirasi kepada semua warga SMK Perimbun.
Sekian, terima kasih.
“BE TOP PERIMBUN”
HAJAH NOREHAN BINTI ABDUL SANI
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun, Cheras

