Page 3 - MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (ACADEMIC EXCELLENCE AWARD CEREMONY)
P. 3
UCAPAN ALU-ALUAN
YANG DI PERTUA PIBG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan kita
Nabi Muhammad S.A.W semoga dengan limpah rahmat-Nya dapat kita bersama-sama menjayakan ‘Majlis
Anugerah Kecemerlangan SPM & STPM Tahun 2019 dan 2020’.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun
terutamanya pihak pengurusan dan pentadbiran kerana berjaya mengadakan program ini seperti yang
dirancang.
‘Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM & STPM Tahun 2019 dan 2020’ ialah hari yang paling penting
kepada para pelajar kerana dapat kita sama-sama meraikan hasil jerih payah mereka belajar selama ini tertunai
sudah. Dari sini juga kita akan membuat penilaian semula untuk terus membaiki kelemahan, melipatgandakan
usaha dan pencapaian dalam pelajaran anak-anak didik untuk meneruskan usaha mencapai matlamat menjadi
modal insan kelas pertama.
Dalam hal ini, kita harus berbangga kerana SMK Perimbun telah berjaya melahirkan murid-murid yang
cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik bahkan kokurikulum. Malahan ada dalam kalangan murid-
murid SMK Perimbun telah berjaya mengukir nama hingga ke peringkat kebangsaan. Usaha berterusan ibu
bapa , PIBG, dan pihak sekolah yang dijalin selama ini telah membuahkan hasil yang membanggakan.
Sesungguhnya hubungan yang erat ini amat dituntut bagi memastikan sekolah mencapai visinya iaitu
BERSAMA MENJANA PRESTASI TINGGI.
Saya mewakili pihak PIBG mengharapkan sokongan padu daripada semua pihak terutamanya daripada
ibu bapa agar segala perancangan dan pelaksanaan setiap program dapat dijayakan dan seterusnya memberi
manfaat kepada murid-murid. Harapan saya agar setiap ibu bapa dapat menyumbang sesuatu demi kejayaan
anak-anak kita. Syabas dan tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya jangan
putus asa, kerana tiada kejayaan tanpa kegagalan. Oleh itu, tekadkan iltizam dalam diri untuk berusaha sehabis
baik demi meraih kecemerlangan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih
DATO MOHD RAPI BIN MUDA
Yang Dipertua PIBG
SMK Perimbun.

