Page 12 - MUSTIKA RACING CASTROLLEUM - Products
P. 12

ARAH TUJU MALAYSIA 2030


            Malaysia beraspirasi untuk menjadi sebuah negara
            yang maju dan makmur. Namun, pencapaian ini tidak
            seharusnya disandarkan melalui angka Keluaran Dalam
            Negeri Kasar (KDNK) semata-mata. Pembangunan dan
            kekayaan yang diperoleh hasil daripada perkembangan
            ekonomi harus diagihkan dengan lebih adil dan saksama
            supaya semua rakyat dapat merasai hasilnya. Gagasan
            yang dinamakan sebagai “Kemakmuran Bersama” ini
            telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri pada
            9 Mei 2019 di Putrajaya International Convention Center       “      Malaysia sebagai sebuah
            (PICC) sempena Sambutan 1 Tahun Kerajaan Pakatan
            Harapan.                                                             negara yang bersatu,

            “Kemakmuran Bersama” adalah usaha murni kerajaan                     makmur dan bermaruah
            untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang                 yang seterusnya akan
            terus membangun secara mapan seiring dengan
            pengagihan ekonomi yang adil, terangkum dan inklusif.                menjadi paksi ekonomi
            Gagasan ini akan merapatkan jurang ekonomi serta
            meningkatkan pendapatan dan penyertaan dalam                         penting di Asia.               ”
            rantaian bekalan. Tumpuan khusus akan diberikan
            kepada golongan Bumiputera, masyarakat Orang Asli/                   Tun Dr Mahathir Mohamad
            Asal, isi rumah berpendapatan rendah (B40) serta                     9 Mei 2019
            kumpulan fokus khas seperti belia, wanita dan warga
            emas supaya kekayaan negara dapat benar-benar
            dirasai bersama. Ekonomi yang lebih terstruktur,
            progresif, bernilai tinggi dan berpaksikan ilmu akan
            terhasil melalui Model Pembangunan Baharu. Pada
            akhirnya, agenda nasional ini akan membawa Malaysia
            ke arah sebuah negara yang bersatu, makmur dan
            bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi
            ekonomi Asia.









                                                                        2
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17