Page 7 - MUSTIKA RACING CASTROLLEUM - Products
P. 7
RINGKASAN EKSEKUTIF
Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) merupakan strategi jangka panjang negara dalam menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara keusahawanan (entrepreneurial nation) yang unggul menjelang tahun 2030. Dasar ini akan bertindak
sebagai pemangkin kepada pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah serta
terus membangun secara mapan dengan pengagihan ekonomi yang lebih adil dan inklusif, seterusnya muncul sebagai
paksi ekonomi Asia. Lima (5) objektif utama telah ditetapkan di bawah DKN iaitu:
1 Mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan
sosioekonomi Malaysia yang inklusif, seimbang dan mapan
2 Membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan
3 Meningkatkan bilangan usahawan negara yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran global
dan kompetitif
4 Mempertingkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi
5 Menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
Mengambil kira perkembangan ekonomi global, pencapaian keusahawanan semasa serta isu dan cabaran dalam
mewujudkan ekosistem keusahawanan yang kondusif di Malaysia, DKN telah menggariskan enam (6) Teras Strategik
yang disokong oleh 19 Strategi dan 62 Insiatif sebagai tunjang mekanisme pelaksanaan dasar ini. Enam (6) Teras
Strategik tersebut ialah:
TERAS STRATEGIK 1 TERAS STRATEGIK 2 TERAS STRATEGIK 3
Membudayakan Keusahawanan dalam Mengoptimumkan Sistem Kawal Selia dan Merangsang Pembangunan
Segenap Lapisan Masyarakat Capaian kepada Pembiayaan Kewangan Keusahawanan Bersepadu dan Holistik
TERAS STRATEGIK 4 TERAS STRATEGIK 5 TERAS STRATEGIK 6
Memacu Pertumbuhan Ekonomi Melalui Memantapkan Keupayaan dan Prestasi Mengantarabangsakan Perusahaaan
Perusahaan Berteraskan Inovasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Berpertumbuhan Tinggi
iii

