Page 18 - MUSTIKA RACING CASTROLLEUM - Products
P. 18

PERSEKITARAN KEUSAHAWANAN                                     pengantarabangsaan. Program dan inisiatif sedia ada
                                                                          akan dimantapkan lagi dengan pengenalan DKN yang
                                                                          merupakan dasar keusahawanan pertama negara.
            Keusahawanan adalah kunci utama dalam meningkatkan
            pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dengan                    TINJAUAN KEUSAHAWANAN GLOBAL
            menyumbang kepada KDNK, merangsang pelaburan,
            serta menjana peluang pekerjaan. Di samping itu,
            keusahawanan merupakan pemangkin kepada penjanaan             Berdasarkan analisis di peringkat global, negara
            inovasi serta menjadi wadah meningkatkan taraf                seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK),
            sosioekonomi masyarakat dengan menyediakan                    Kanada, Jerman, Singapura, Thailand, Vietnam dan
            peluang ekonomi kepada pelbagai lapisan masyarakat,           Indonesia telah memperkenalkan dasar keusahawanan
            terutamanya golongan terpinggir dan yang kurang               yang tertumpu kepada usahawan dan Perusahaan Kecil
            bernasib baik dalam pasaran buruh, dalam memulakan            dan Sederhana (PKS) dengan menitikberatkan usaha
            dan mengembangkan perniagaan.                                 untuk mengarusperdanakan agenda keusahawanan.
                                                                          Terdapat juga sebahagian negara yang menerapkan
            Di peringkat global, fokus kerajaan sesetengah negara         agenda keusahawanan dalam dasar dan polisi makro
            tertumpu kepada pembangunan ekosistem keusahawanan            mereka seperti pelan pembangunan jangka pendek,
            bagi melahirkan usahawan yang berpotensi tinggi. Usaha        dasar perindustrian dan dasar inovasi. Dasar-dasar
            untuk melengkapkan para usahawan dengan kemahiran             tersebut secara umumnya menggariskan strategi dan
            yang diperlukan dipergiat melalui pengenalan dasar            pelan untuk mengatasi halangan-halangan asas yang
            keusahawanan peringkat nasional bagi menyesuaikan             wujud dalam bidang keusahawanan, dengan tujuan untuk
            diri mereka dengan perubahan persekitaran perniagaan          memberikan peluang sama rata kepada semua lapisan
            dan teknologi memuncul yang bersifat disruptif.               masyarakat, seterusnya membuka jalan kepada individu
                                                                          untuk menceburkan diri ke dalam bidang keusahawanan.
            Walau bagaimanapun, cabaran terbesar pihak kerajaan
            seluruh dunia adalah untuk beralih dari “ekonomi              Kebanyakan negara maju seperti Kanada menerapkan
            tradisional” ke “ekonomi baharu”. Usahawan yang               dasar keusahawanan mereka dalam pelan tindakan
            dilahirkan perlu dilengkapi dengan “kemahiran abad            inovasi dan strategi industri masing-masing untuk
            ke-21”, pendigitalan operasi perniagaan dan                   memupuk ekosistem inovasi yang kondusif bagi
            berkolaborasi dengan usahawan lain untuk terus                menyokong pembangunan para usahawan negara
            bertahan dalam persekitaran dinamik ini.                      tersebut. Sebaliknya, bagi negara serantau ASEAN
                                                                          (Association of Southeast Asian Nations) seperti Vietnam
            Malaysia telahpun melaksanakan pelbagai program               dan Indonesia, komponen keusahawanan telah
            pembangunan keusahawanan yang meliputi pembiayaan,            diterapkan secara langsung dalam pelan pembangunan
            penyelidikan dan pembangunan (P&P), latihan dan               jangka pendek negara yang lebih bersifat makro dan
            pembinaan kapasiti, infrastruktur, pemindahan                 menyeluruh.
            teknologi, akses pasaran, usahawan sosial serta



                                                                        8
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23