Page 23 - MUSTIKA RACING CASTROLLEUM - Products
P. 23

TRANSFORMASI KE ARAH EKONOMI BAHARU



            Keusahawanan dan inovasi merupakan dua perkara
            penting yang saling berkait dalam memacu pertumbuhan                           Transformasi Daripada
            ekonomi dan transformasi negara. Negara maju                          Ekonomi Tradisional Ke Ekonomi Baharu
            meletakkan keusahawanan dan inovasi sebagai prasyarat
            penting untuk pertumbuhan yang mapan. Ia bukan satu                   Resource focused        Knowledge intensive
            usaha yang mudah tetapi ia tidak mustahil dijayakan jika              Labour intensive        High-skilled talents
            kita mempunyai iltizam dan kesungguhan yang tinggi.
                                                                                  Requires control        Requires collaboration
            Di peringkat global, dasar keusahawanan bukan sahaja           Vertical trust orientation     Horizontal trust orientation
            memudahcara proses pembudayaan keusahawanan                            Mass production        Mass customization
            sebagai pemacu inovasi dan menggalakkan penciptaan                Proximity is important      Location less significant
            pekerjaan baharu, tetapi juga menggariskan pelan dan
            rancangan sesebuah negara untuk beralih daripada                                Rigid         Flexible
            ekonomi tradisional ke ekonomi baharu. Ekonomi                               Capitalist       Profit Sharing
            baharu boleh ditakrifkan sebagai kebangkitan ilmu
            pengetahuan yang dipacu oleh revolusi digital, yang
            mana ilmu pengetahuan berperanan mewujudkan
            sesuatu inovasi baharu untuk menyokong pembangunan
            negara. Berbeza dengan ekonomi tradisional, ekonomi
            baharu bersifat lebih kolaboratif, kurang bergantung                                                            ASM, 2019
            kepada sumber bahan, lebih berintensifkan pengetahuan
            serta memerlukan bakat berkemahiran tinggi.                   Pada masa yang sama, program penilaian pematuhan
                                                                          standard  turut disediakan  untuk mengenal pasti
            Anjakan transformasi daripada ekonomi tradisional             tahap kesediaan perusahaan bagi menerima pakai
            kepada ekonomi baharu ini telah diperkenalkan dalam           teknologi baharu dan disruptif. Walaupun Malaysia telah
            dasar dan pelan pembangunan usahawan sesetengah               memperkenalkan pelbagai pelan, strategi dan inisiatif
            negara. Peralihan kepada ekonomi baharu melalui               yang berkaitan dengan penerapan digital dan penggunaan
            penyerapan unsur inovasi dalam minda akan memastikan          teknologi, namun dasar keusahawanan yang lebih
            usahawan bergerak seiring dengan transformasi digital.        berfokus perlu dirangka dan dilaksanakan dengan efektif
            Dasar-dasar keusahawanan seperti di negara Singapura          untuk mengatasi jurang dalam ekosistem keusahawanan
            dan Kanada telah memperkenalkan inisiatif seperti             sedia ada sebagai langkah bagi melengkapkan usahawan
            pendigitalan pelesenan dan pendaftaran perniagaan             dengan keperluan dan kemahiran yang relevan demi
            untuk memudahkan urusan memulakan perniagaan.                 menuju ke arah ekonomi baharu.




                                                                       13
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28