Page 29 - MUSTIKA RACING CASTROLLEUM - Products
P. 29

2   Geran Penyelidikan







            Inisiatif pemberian geran penyelidikan merupakan salah
            satu bentuk bantuan pembiayaan untuk menggalakkan
            program inovasi yang berasaskan permintaan dalam
            memacu peningkatan produktiviti melalui penambahbaikan
            nilai produk sedia ada industri/perusahaan untuk keperluan
            pasaran. Kolaborasi antara usahawan, penyelidik dan
            industri amat penting untuk menjamin kehendak pasaran
            dipenuhi berdasarkan permintaan.

            Antara geran yang diperkenalkan ialah:


            Geran Pengkomersialan dan Penyelidikan Vendor (GPPV)
            • Meningkatkan penglibatan syarikat dalam penyelidikan
               dan pengkomersialan bagi menghasilkan produk bernilai
               tambah tinggi
            • Sehingga 2018, GPPV telah menghasilkan lebih daripada
               23 buah projek

            Demand-Driven Innovation Project oleh Jaringan
            Penyelidikan Awam Swasta (PPRN)
            • Mewujudkan ekosistem yang mesra pengetahuan
               (knowledge-friendly ecosystem) melalui ilmu yang
               dihasilkan dan disebarkan oleh golongan yang
               memiliki kepada golongan yang memerlukan
            • Menyediakan penyelesaian saintifik dan berteknologi
               bagi masalah yang dihadapi oleh usahawan dan industri
            • PPRN telah berjaya menarik minat 549 buah perusahaan
               untuk berdaftar dan 304 projek telah berjaya dipadankan





                                                                       19
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34