Page 28 - MUSTIKA RACING CASTROLLEUM - Products
P. 28

1   Pembiayaan Kewangan







            Perniagaan atau perusahaan yang berhasrat untuk               Pihak kerajaan juga menyediakan insentif cukai bagi
            mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih                  menggalakkan penyertaan usahawan tempatan dalam
            luas sememangnya memerlukan sokongan dari segi                bidang perniagaan tertentu seperti:
            dana atau pembiayaan. Oleh yang demikian, pelbagai
            agensi pembangunan usahawan (EDO) serta institusi             • Insentif pengecualian cukai untuk perusahaan sosial
            kewangan menawarkan pembiayaan dan juga geran                 • Insentif cukai untuk sektor teknologi hijau
            perniagaan kepada para usahawan di Malaysia.                        • Green Investment Tax Allowance (GITA)
            Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada 44
            buah program sokongan kewangan untuk usahawan                 Kemunculan perniagaan dan ekonomi jenis baharu yang
            di Malaysia yang telah memanfaatkan 424,115                   inovatif telah mengubah landskap pembiayaan dengan
            usahawan pada tahun 2018 (SMEIPA, 2019).                      tidak bergantung kepada pembiayaan secara tradisional.
                                                                          Akses pembiayaan kepada usahawan telah diberi nafas
            Antara sokongan kewangan yang terdapat                        baharu dengan menitikberatkan kepada pembangunan
            di Malaysia ialah:                                            lebih banyak saluran bukan perbankan dan pembiayaan
                                                                          platform seperti:
            Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan TEKUN Nasional:
            •  Dana pembangunan keusahawanan untuk                        • Modal Teroka (venture capital)
                golongan B40                                              • Pelabur Angels
                                                                          • Pendanaan orang ramai (crowdfunding)
            Credit Guarantee Corporation (CGC)                            • Platform Akaun Pelaburan
            • Bantuan kewangan dalam bentuk jaminan bank                     (Investment Account Platform)
                                                                          • Peminjaman antara rakan setara (peer-to-peer)
            Malaysian Industrial Development
            Finance Berhad (MIDF)
            • Pinjaman mudah (soft loan)










                                                                       18
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33