Page 6 - MUSTIKA RACING CASTROLLEUM - Products
P. 6

KATA ALU-ALUAN


            Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya Malaysia mempunyai penyataan dasar
            yang terkhusus dan komprehensif berkait sektor keusahawanan. Dasar Keusahawanan
            Nasional (DKN) yang dilancarkan secara rasminya oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad,
            Perdana Menteri Malaysia. Dasar ini merupakan manifestasi kesungguhan dan iltizam
            kerajaan untuk merealisasikan Malaysia sebagai negara keusahawanan unggul
            menjelang tahun 2030 nanti.

            Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah diberikan amanah untuk
            menerajui usaha mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik, kondusif
            dan inklusif bagi menyokong agenda pembangunan sosio-ekonomi negara.
            Sehubungan dengan itu, DKN telah dirangka dengan gerak kerja yang cukup teliti,
            mengambilkira aspirasi dan hasrat para usahawan tempatan yang sekian lama
            menunggu satu dasar khusus untuk pembangunan keusahawanan.


            DKN merupakan strategi jangka masa panjang negara dengan menggariskan
            enam teras strategik berpandukan perkembangan ekonomi global, pencapaian
            terkini keusahawanan serta isu dan cabaran semasa. Teras pertama bertujuan
            membudayakan keusahawanan dalam segenap lapisan masyarakat Malaysia,
            diikuti teras kedua bagi mengoptimumkan sistem kawalselia dan capaian
            kepada pembiayaan kewangan. Teras ketiga bertujuan untuk merangsang
            pembangunan keusahawanan bersepadu dan holistik, sementara teras
            keempat adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi melalui perusahaan
            berteraskan inovasi. Teras kelima memberi tumpuan untuk memantapkan
            keupayaan dan prestasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana Malaysia.
            Teras terakhir meletakkan asas untuk melonjakkan perusahaan
            berpertumbuhan tinggi.

            Semoga dasar ini mampu menjadi pemangkin kebangkitan ekonomi
            yang inklusif. DKN juga diharapkan dapat mengupaya semangat waja
            keusahawanan tulen dalam kalangan rakyat, bermula di peringkat
            akar umbi sehinggalah kesiagaan memperkukuh wibawa untuk
            bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa.

            YB DATO’ SERI MOHD REDZUAN YUSOF
            Menteri Pembangunan Usahawan


                                                                        ii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11