Page 114 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 114

Gerak Balas dalam Tumbuhan  5

             5.2               Agerak balas dalam tumbuhan?           ZON         AKTIVITI
                               Fitohormon


                                   pakah yang mengawal atur

                               Tumbuhan tidak mempunyai sistem
                               saraf seperti manusia dan haiwan      Buat kajian tentang sejarah penemuan
                               yang menggunakan sistem saraf         fitohormon dan bentangkan hasil kajian
                                                                     anda di dalam kelas
                               dan hormon bagi mengawal atur
                               aktiviti hidupnya. Hal ini dikatakan
                               demikian kerana gerak balas yang dilakukan oleh tumbuhan dapat
                               diperhatikan dengan jelas selepas suatu tempoh masa tertentu.
                                   Fitohormon atau hormon tumbuhan, merupakan bahan kimia
                               yang merangsang dan menyelaras gerak balas dalam tumbuhan
                               terhadap rangsangan pada kepekatan yang sangat rendah. Biasanya,
                               fitohormon disintesis di dalam organ tumbuhan tertentu dan
                               diangkut ke bahagian atau organ sasaran melalui floem.

             Fungsi Fitohormon


                                       Jadual 5.1 Jenis fitohormon dan fungsinya
               Fitohormon                                    Fungsi
                              •  Berfungsi dalam fototropisme dan geotropisme
                              •  Menggalakkan perkembangan kedominan apeks pucuk dan akar
                              •  Merangsang pertumbuhan dan pemanjangan sel akar dan sel pucuk
                  Auksin      •  Merangsang percambahan akar adventitius pada keratan batang
                              •  Merangsang pembahagian sel di kambium semasa pertumbuhan sekunder
                              •  Merencatkan keguguran buah dan daun yang masih muda
                              •  Merencatkan pengeluaran tunas sisi
                              •  Menggalakkan pembahagian dan pemanjangan sel batang
                              •  Merangsang perkembangan daun, bunga dan buah
                 Giberelin    •  Merangsang perkembangan dan percambahan biji benih
                              •  Menyebabkan pertumbuhan batang berbunga pada tumbuhan kerdil
                              •  Merencat perkembangan akar
                              •  Merangsang pembahagian dan pemanjangan sel akar dan sel batang
                                dengan kehadiran auksin
                              •  Merangsang percambahan biji benih
                 Sitokinin
                              •  Merencatkan perkembangan kedominan apeks
                              •  Melambatkan proses penuaan daun
                              •  Merangsang pertumbuhan tunas sisi
                              •  Merencatkan pertumbuhan tumbuhan
                              •  Merangsang pengguguran buah, daun dan bunga yang matang
               Asid absisik   •  Menggalakkan kedormanan biji benih
                              •  Menggalakkan penutupan liang stoma pada musim kemarau
                              •  Merencat pertumbuhan tunas dan percambahan biji benih
                              •  Merangsang pemasakan buah
                  Etilena     •  Merangsang penuaan tumbuhan
                              •  Merangsang keguguran daun dan buah

                                                                                               5.2.2
                                                      103
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119