Page 118 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 118

Gerak Balas dalam Tumbuhan  5

             5.3               Aplikasi Fitohormon dalam



                               Pertanian


                                  itohormon merupakan bahan kimia yang banyak membantu
                              Fdalam perkembangan bunga, buah, batang dan akar. Fitohormon
                               bukan sahaja dihasilkan secara semula jadi, malah dapat dihasilkan
                               secara sintetik di dalam makmal. Terdapat juga fitohormon yang
                               diekstrak untuk pelbagai kegunaan dalam pertanian. Rajah 5.8
                               menunjukkan aplikasi fitohormon dalam bidang pertanian.






                       Auksin                      Giberelin                     Sitokinin
             •  Menggalakkan              •  Merawat tumbuhan kerdil    •  Teknik kultur
                pertumbuhan tanaman         akibat mutasi tumbuh ke        tisu - merangsang
             •  Merangsang                  ketinggian normal              pembahagian dan
                pengembangan akar         •  Merangsang pemanjangan        pembezaan sel
                (pembiakan aseks) pada      tangkai bunga dengan cepat  •  Teknik kultur tisu -
                keratan batang tumbuhan   •  Digunakan untuk               digunakan bersama
                berkayu bagi tanaman        menghasilkan buah anggur       auksin untuk merangsang
                hortikultur                 yang lebih besar               pembentukan organ
             •  Menghasilkan buah         •  Menggalakkan                  tumbuhan seperti akar
                tanpa biji melalui kaedah   percambahan biji benih         dan batang
                partenokarpi                tanaman seperti salad,      •  Digunakan untuk
             •  Digunakan sebagai racun     oat dan tembakau pada          melambatkan penuaan
                rumpai                      keadaan suhu rendah atau       daun bagi pokok bunga
             •  Melambatkan pertunasan      kekurangan cahaya              yang baru dipotong
                ubi kentang semasa
                penyimpanan atau
                pemasaran
             •  Pembentukan tumbuhan              Asid Absisik                    Etilena
                yang rendah dan rimbun
                                          •  Memberi kesan perencatan   •  Digunakan secara
                                            ke atas proses percambahan     komersil untuk
                                            dan pertumbuhan                merangsang pemasakan
                                                                           buah dengan cepat dan
               Eksplorasi Bio                                              secara sekata
                                                                        •  Merangsang pembungaan
               Buah pisang pada pokok                                      serentak pada tumbuhan
               dibalut dengan menggunakan
               guni kalis air untuk                                        dalam ladang
               mempercepat pematangan
               buah apabila gas etilena
               yang meruap terkumpul di
               dalam guni.

                                 Rajah 5.8 Aplikasi fitohormon dalam bidang pertanian



                                                                                                5.3.1
                                                      107
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123