Page 128 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 128

Pembiakan Seks dalam Tumbuhan Berbunga  6



             Eksplorasi Bio
                                                                    Mitosis
             Permukaan debunga yang
             kasar dapat membantunya
             melekat pada stigma dan agen
             pendebungaan dengan mudah.





                                                                     Nukleus
                                                                     tiub

                                                     Tetrad            Nukleus
                         Meiosis                                       penjana
                                     2                                 3
                                     •  Sel induk mikrospora akan      •  Nukleus dalam debunga
                                        membahagi secara meiosis         akan membahagi secara
                                        menghasilkan empat sel           mitosis dan menghasilkan
                                        mikrospora yang haploid (n).     sel dengan dua nukleus,
                                     •  Empat sel mikrospora ini         iaitu nukleus penjana dan
                     Sel induk                                           nukleus tiub.
                     mikrospora         disebut sebagai tetrad.        •  Dinding kantung debunga
                                     •  Setiap sel dalam tetrad akan
                                        berkembang membentuk             yang tebal dan kalis air
                                        debunga.                         akan pecah apabila debunga
                                                                         matang. Debunga akan
                                                                         dibebaskan.


                    Rajah 6.3 Pembentukan debunga





                                                                     Kon debunga




                  Eksplorasi Bio

            Tumbuhan daripada filum gimnosperma
            seperti pokok pain dan fir tidak mempunyai
            bunga. Walau bagaimanapun, tumbuhan ini
            menghasilkan debunga melalui struktur yang
            dipanggil kon. Terdapat dua jenis kon, iaitu kon
            debunga yang merupakan bahagian pembiakan
            jantan dan kon biji benih yang merupakan
            bahagian pembiakan betina dengan saiznya
            lebih besar. Kon debunga mempunyai struktur
            seperti sisik yang menghasilkan debunga.                         Kon biji benih
            Sebatang pokok biasanya menghasilkan
            kedua-dua kon, iaitu kon debunga dan kon biji
            benih (Gambar foto 6.4).                       Gambar foto 6.4 Kon debunga
                                                           dan kon biji benih pokok pain
                                                                                               6.2.1
                                                      117
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133