Page 130 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 130

Pembiakan Seks dalam Tumbuhan Berbunga  6


             Pembentukan Pundi Embrio dalam Ovul


             Ovul ialah struktur bunga yang terbentuk di dalam
             karpel. Ovul berkembang daripada selapis tisu yang
             terdapat di dalam ovari. Satu ovari mungkin             Stigma
             mengandungi satu atau lebih ovul (Rajah 6.5).
             Ovul melekat pada dinding ovari melalui satu                                     Ovari
             tangkai yang disebut sebagai funikel. Tempat
             pelekatan funikel ke ovari dipanggil plasenta.
             Plasenta membekalkan nutrien kepada ovul                                         Ovul
             melalui funikel. Sekelompok tisu di dalam ovari
             berkembang membentuk satu tonjolan yang                                           Nuselus
             disebut nuselus. Nuselus terdiri daripada tisu                                   Pundi embrio
             parenkima.                                                                       Integumen
                 Tisu nuselus berkembang membentuk dua      Funikel                           Mikropil
             lapisan yang dipanggil integumen. Pada hujung
             integumen terdapat satu bukaan kecil, dipanggil                      Plasenta
             mikropil yang membenarkan udara dan air
             masuk ke dalam biji benih semasa percambahan.
             Salah satu daripada sel nuselus ialah sel induk       Rajah 6.5 Struktur ovul yang matang
             megaspora atau dipanggil juga sebagai sel induk
             pundi embrio, yang akan berkembang membentuk
             pundi embrio (Rajah 6.6).



            4
            •  Tiga nukleus
              akan bergerak                                                   1
              ke satu                                                         Sel induk megaspora
              hujung pundi                                                    (2n) membahagi secara
              embrio untuk                                                    meiosis menghasilkan
              membentuk                                                       empat sel megaspora
              tiga sel                                                        yang haploid (n).
              antipodal.               Sel
            •  Tiga lagi             antipodal
              bergerak ke                                                          2
              hujung yang       Sel              Nukleus                           Tiga sel
              bertentangan      telur            kutub                            megaspora akan
              untuk                                                               merosot dan
              membentuk                                                           hanya satu sel
              dua sel                                                             megaspora akan
              sinergid dan             Sel                                        berkembang.
              satu sel telur.        sinergid
            •  Dua nukleus                                         3
              yang di tengah                                       Nukleus dalam sel megaspora
              pundi embrio            Rajah 6.6                   yang berkembang akan bermitosis
              membentuk           Pembentukan pundi               tiga kali menghasilkan sel dengan
              nukleus kutub.           embrio                     lapan nukleus.
                                                                                               6.2.2
                                                      119
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135