Page 182 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 182

Ekosistem  9



              2                                            3
              Spesies ialah sekumpulan organisma           Populasi ialah sekumpulan organisma
              yang serupa, boleh saling membiak dan        yang sama spesies dan hidup di habitat
              menghasilkan anak (Gambar foto 9.3).         yang sama (Gambar foto 9.4).











                           Gambar foto 9.3                              Gambar foto 9.4
                      Amphiprion sp. (ikan badut)                    Sekumpulan ikan badut



              4                                            5
              Komuniti ialah semua populasi                Ekosistem ialah beberapa komuniti
              organisma daripada spesies yang              yang tinggal bersama dalam satu habitat,
              berlainan yang hidup dalam satu              saling berinteraksi antara satu sama lain
              habitat serta saling berinteraksi antara satu   termasuk dengan komponen bukan hidup
              sama lain (Gambar foto 9.5).                 (abiosis) seperti air, udara dan tanah
                                                           (Gambar foto 9.6).











                           Gambar foto 9.5                              Gambar foto 9.6
                         Komuniti ikan di laut                          Ekosistem marin




              6  Nic ialah peranan sesuatu organisma dalam ekosistem
                 yang merangkumi tingkah laku serta interaksinya
                 dengan komponen biosis dan abiosis di persekitaran
                 habitatnya (Rajah 9.2).                                     Eksplorasi Bio

                                                                             Nic sesuatu organisma boleh
                                                                             berubah-ubah mengikut
                            Nic      Peranan sesuatu spesies                 perubahan morfologi
                           ekologi   dalam persekitarannya.                  organisma tersebut.
                                                                             Contohnya, rama-rama yang
                    Nic                                                      melakukan metamorfosis
                                                                             dalam kitar hayatnya
                                     Cara sesuatu spesies berinteraksi       mempunyai nic yang berbeza
                            Nic                                              bagi setiap peringkat hidup.
                           spesies   dengan komponen biosis dan
                                     abiosis di persekitarannya.

                           Rajah 9.2 Nic ekologi dan nic spesies
                                                                                                9.1.1
                                                      171
   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187