Page 183 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 183

Komponen Biosis dan Abiosis dalam Ekosistem

           Ekosistem terdiri daripada dua komponen utama, iaitu komponen biosis dan
           komponen abiosis (Rajah 9.3). Komponen biosis merujuk kepada organisma
           di dalam suatu ekosistem yang berinteraksi dengan organisma lain. Komponen abiosis
           ialah elemen bukan hidup yang merangkumi ciri fizikal dan kimia yang mempengaruhi
           organisma yang terdapat di dalam ekosistem.

                           EKOSISTEM

             Komponen biosis           Komponen abiosis

                       Pengeluar                   Nilai pH             ZON        AKTIVITI
                       Pengguna                    Suhu                Kenal pasti komponen biosis dan
                       Pengurai                    Keamatan cahaya     komponen abiosis di sekitar padang
                                                                       atau di kolam sekolah anda.
                                                   Topografi
                                                   Iklim mikro
                                                   Kelembapan udara
                        Rajah 9.3 Komponen utama ekosistem


             Komponen Abiosis


             Nilai pH

           •  Nilai pH tanah sangat mempengaruhi taburan organisma di dalam sesuatu habitat.
              Kebanyakan organisma sesuai hidup dalam keadaan pH neutral atau hampir neutral.
           •  Tanah merupakan habitat bagi beratus-ratus juta cacing serta mikroorganisma
              seperti bakteria, kulat dan protozoa (Gambar foto 9.7).







                                                   Perubahan kecil nilai pH akan menjejaskan
                                                   aktiviti organisma yang mendiaminya dan dapat
                                                   mengurangkan kesuburan tanah.




                      Cacing
                       tanah







                             Gambar foto 9.7 Tanah didiami oleh pelbagai cacing tanah dan
                              mikroorganisma yang dapat mengekalkan kesuburan tanah

            9.1.2
                                                    172
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188