Page 188 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 188
Ekosistem 9
Komponen Biosis Mengikut Aras Trof
Komponen biosis terdiri daripada organisma yang memerlukan tenaga untuk
menjalankan proses hidup. Pernahkah anda terfikir dari manakah anda memperoleh
tenaga? Manusia dan haiwan memperoleh tenaga dengan makan organisma lain
termasuk tumbuhan yang berfotosintesis. Oleh yang demikian, sumber tenaga yang
paling utama untuk semua organisma berasal dari matahari. Komponen biosis terdiri
daripada tiga kumpulan, iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai (Rajah 9.5).
Pengguna tertier:
Karnivor yang makan
pengguna sekunder
Eksplorasi Bio
Pengguna
tertier Aras trof ialah susunan
kedudukan organisma yang
dihubungkaitkan oleh aliran
tenaga dalam sesuatu rantai
Pengguna sekunder: makanan.
Karnivor yang makan pengguna
primer atau omnivor yang makan
pengguna primer dan pengeluar
Pengguna Cahaya
sekunder matahari
Pengguna primer:
Herbivor yang
memperoleh tenaga
dengan makan
pengeluar Pengguna
primer
• Pengeluar:
Autotrof yang mensintesis bahan organik daripada
bahan tak organik
• Pengeluar terdiri daripada tumbuhan hijau yang
mensintesis glukosa daripada air dan gas karbon dioksida Pengeluar
dengan bantuan tenaga daripada cahaya matahari
Pengurai:
Mikroorganisma yang mengurai bahan buangan
serta organisma yang mati atau reput kepada
bahan organik yang lebih ringkas seperti gas
karbon dioksida dan ammonia
Rajah 9.5 Komponen biosis mengikut aras trof Pengurai
9.1.4
177

