Page 241 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 241
11.1 Pewarisan Monohibrid
Definisi Kacukan Monohibrid
Pewarisan monohibrid melibatkan satu ciri dan trait berbeza yang
dikawal oleh satu gen.
Lintasan Sejarah
Bidang kajian tentang pewarisan dan variasi
dinamakan genetik. Orang pertama yang
mengemukakan prinsip untuk menerangkan
mekanisme pewarisan secara saintifik ialah Gregor
Mendel (Gambar foto 11.1). Mendel dikenali sebagai
pengasas kepada genetik moden hasil daripada
sumbangannya dalam bidang genetik.
Gambar foto 11.1 Gregor Mendel
Eksperimen Mendel
Trait
Mendel telah mendapati bahawa tumbuhan Ciri
kacang pis, Pisum sativum, mempunyai Dominan Resesif
tujuh ciri. Pokok kacang pis ini mempunyai
trait bertentangan yang nyata dan mudah Bentuk biji
benih
dikesan (Rajah 11.1). Mendel menyarankan Bulat Berkedut
teori bahawa ciri yang terdapat pada induk Warna biji
diturunkan kepada anak melalui gamet jantan benih Kuning Hijau
dan gamet betina. Hal ini menunjukkan
bahawa nukleus gamet jantan dan gamet betina
membawa maklumat genetik pewarisan ciri Bentuk pod Licin Berkedut
tersebut. Faktor pewarisan yang menentukan
sesuatu ciri itu kini dikenali sebagai gen. Warna pod
Hijau Kuning
Tip Kerjaya Warna
Antara kerjaya yang bunga Ungu Putih
melibatkan bidang genetik
ialah kaunselor genetik,
pakar genetik perubatan, Kedudukan
pegawai penyelidik klinikal bunga
dan perubatan.
Aksial Terminal
ZON AKTIVITI Ketinggian
pokok
Kumpulkan maklumat tentang
sejarah penemuan Hukum Mendel. Tinggi Rendah
Kemudian, bentangkan maklumat
yang diperoleh di dalam kelas. Rajah 11.1 Tujuh ciri yang dikaji oleh Mendel
11.1.2
230

