Page 245 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 245
Generasi induk
Baka tulen dominan Baka tulen resesif
Kedua-dua alel adalah
dominan (BB), maka trait X Kedua-dua alel adalah resesif
dominan bagi ciri warna (bb), maka trait resesif bagi
bunga, iaitu ungu ditunjukkan ciri warna bunga, iaitu putih
(fenotip). Kedua-dua alel ditunjukkan (fenotip).
adalah sama, maka genotip Kedua-dua alel adalah sama,
dikatakan sebagai BB bb maka genotip dikatakan
homozigot dominan. Ungu Putih sebagai homozigot resesif.
Hibrid yang dihasilkan
daripada kacukan dua Mempunyai kedua-dua alel dominan dan
alel resesif (Bb), maka trait dominan bagi
baka tulen. Generasi
ini dikenali sebagai ciri warna bunga, iaitu ungu ditunjukkan
generasi filial pertama. Bb (fenotip). Trait resesif tidak kelihatan kerana
telah ditindas oleh trait dominan. Oleh sebab
Ungu kedua-dua alel adalah berbeza, maka genotip
dikatakan sebagai heterozigot.
Rajah 11.4 Perhubungan antara beberapa istilah penting dalam genetik
Bagaimanakah kita dapat menerangkan pewarisan warna bunga dalam Rajah 11.4
secara sistematik dan saintifik? Jika alel untuk trait warna ungu yang dominan dilabel
sebagai B (huruf besar), maka alel untuk trait warna putih yang resesif akan dilabel
sebagai b (huruf kecil). Maka, induk baka tulen akan mempunyai dua alel yang sama,
iaitu bagi bunga warna ungu BB, manakala bunga warna putih bb.
Semasa pembentukan gamet, kromosom homolog akan terpisah semasa meiosis
dan menghasilkan gamet yang membawa satu alel B daripada baka bunga warna ungu
dan satu alel b daripada baka bunga warna putih. Persenyawaan antara gamet yang
membawa alel B dengan gamet yang membawa alel b akan menghasilkan anak iaitu,
generasi filial pertama (F ) dengan genotip Bb. Oleh sebab alel B adalah dominan,
1
maka kombinasi Bb akan menunjukkan fenotip bunga berwarna ungu sahaja. Kesan
alel resesif ditindas disebabkan kehadiran alel dominan.
Jika generasi filial pertama ini dikacukkan sesama sendiri, generasi filial kedua
(F ) akan mempunyai genotip BB, Bb dan bb. Genotip BB dan Bb menunjukkan fenotip
2
bunga berwarna ungu, manakala genotip bb menunjukkan fenotip bunga berwarna
putih. Trait yang tidak kelihatan dalam generasi F (bunga berwarna putih) muncul
1
semula dalam generasi F . Pewarisan warna bunga yang diterangkan ini dapat
2
ditunjukkan dalam bentuk rajah skema kacukan (Rajah 11.5).
11.1.4 11.1.5
234

