Page 256 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 256
Pewarisan 11
Jadual 11.3 Ciri-ciri genotip dan fenotip kumpulan darah manusia
Fenotip (kumpulan darah) Genotip
A I I atau I I
A A
A O
Petunjuk:
B I I atau I I I dan I : alel dominan
B B
B O
B
A
I : alel resesif
O
AB I I
A B
O I I
O O
Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah pewarisan kumpulan darah seperti yang
berikut?
Seorang lelaki yang mempunyai kumpulan darah A berkahwin dengan seorang
perempuan yang mempunyai kumpulan darah B. Terangkan kemungkinan
pasangan ini mendapat anak yang mempunyai kumpulan darah O.
Penyelesaian
Kedua-dua ibu bapa ialah heterozigot bagi darah A dan darah B. Rajah skema kacukan
pewarisan darah ini ditunjukkan dalam Rajah 11.15.
Induk : Bapa Ibu
Genotip : I I I I
A O
B O
Eksplorasi Bio
Meiosis
Pewarisan kumpulan darah Gamet : I A I I B I O
O
merupakan satu contoh
yang tidak mengikut Hukum Persenyawaan
Mendel. Menurut Mendel,
satu gen mempunyai dua alel Genotip Anak : I I I I I I I I
B O
A O
O O
A B
sahaja (satu alel dominan
dan satu alel resesif). Fenotip Anak : AB A B O
Nisbah fenotip : 1 : 1 : 1 : 1
25% 25%
25% 25%
Rajah 11.15 Rajah skema kacukan pewarisan darah kumpulan ABO
Faktor Rhesus (Rh)
Selain antigen A dan antigen B yang terdapat pada permukaan sel darah merah
manusia, terdapat satu lagi antigen, iaitu antigen D yang dikenali sebagai faktor
Rhesus (Rh). Sel darah merah individu yang mengandungi faktor Rhesus disebut
sebagai Rhesus positif (Rh ), manakala individu yang tidak mempunyai faktor
+
Rhesus dikenali sebagai Rhesus negatif (Rh ).
–
11.4.4
245

